29 November 2011

sweet memorial with them! awesome!



hai sume...lama sangat tak update entri...
sesungguhnye saya bz..
hari ni baru ada masa terluang tok update entri xseberapa...
saya pon baru je masok kerja hari ni selepas beberapa lama bercuti...
weeehuuuu...amat girang bercuti lelama...
entri kali ni , saya nak share gambar sewaktu bersama student sabtu lepas kat perkampungan orang asli raub pahang...
amat menyeronokkan...
lagi2 tgk pemandangan yang xdapat dilihat kat kota raya kl ni...
jom cuci mata tgk gmbr2 comel saya...hihi

on the way ke raub pahang...jalan clear

ni daddy angkat saya...dia la bawak g raub...
jambatan gantung masuk ke kawasan umah org asli


antara rumah orang asli.


da penat g umah org asli,g air terjun lak..ni bff forever saya...xlama ag kami berpisah...sob sob



lelaki ni salah sowg staff kami...dye orang kuat...kalau xde dye..student xleh g raub...huhu

comel kan staff2 cni..

tembam lak pp..ade sape taw cara kuruskan pp??

air terjun chamang..best kn?

ceria sesangat..

wehhuuuuu...






dalam jam 5 petang saya balik ke kuala lumpur,dan sampai kol 7 malam..
8.30 malam pulak destinasi saya seterusnya PERAK!!!
penat xterkata la...
tapi kerana terpaksa saya lek perak..
sebab..

opah busu saya tenat..dalam keadaan xsedarkan diri..

sedih melihat keadaan beliau dalam separa sedar...semoga opah busu sehat kembali ..amin..




x kan bace jer???cer komen...

21 November 2011

SYABAS HARIMAU MUDA! AUMMMMMM!





SEPASANG tangan emas, Khairul Fahmi Che Mat sambil dibantu tuah sepakan penalti kemenangan kapten, Baddrol Bakhtiar memastikan Malaysia membawa pulang ‘ibu segala emas’ Sukan Sea Indonesia selepas menewaskan tuan rumah 4-3 menerusi sepakan penalti pada aksi final, semalam.

Pada penentuan sepakan penalti apabila kedudukan terikat 1-1 selepas beraksi selama 120 minit, penjaga gol Khairul Fahmi menyelamatkan sepakan penalti kelima Indonesia, Ferdinan Sinaga ketika kedudukan 3-3.

Sepakan penalti terakhir negara oleh Baddrol cuba ditangkap penjaga gol Indonesia, Kurnia Mega namun bola tetap melepasi garisan gol untuk memastikan Malaysia mengekalkan pingat emas yang dimenangi dua tahun lalu di Laos.

Malah kejayaan skuad kendalian Ong Kim Swee itu mengulangi pencapaian kejuaraan dua kali berturut-turut pada 1977 dan 1979.

Indonesia yang mendapat sokongan padu lebih 100 ribu penyokong yang membanjiri Stadium Gelora Bung Karno melakukan asakan awal ke kubu negara di babak pertama.


Selepas percubaan penyerang Papua, Titus Bonai diselamatkan penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat pada minit kedua, gawang negara akhirnya dibolosi menerusi tandukan, Gunawan Dwi Cahyo hasil sepakan sudut dua minit kemudian.

Malaysia kemudian bangkit menyamakan kedudukan apabila larian kapten, Baddrol Bakhtiar ke dalam kotak penalti disusuli hantaran lambung berjaya disempurnakan Mohd Asraruddin Putra Omar yang merebahkan badan untuk menanduk masuk bola ke gawang Indonesia pada m-35.

Bersambung babak kedua, Malaysia hampir di depan apabila serangan pantas yang dijana Irfan fazail gagal disudahkan dengan baik penyerang Ahmad Fakri Saarani biarpun hanya berada dalam situasi satu lawan satu dengan Kurnia Meiga.


Kegagalan kedua-dua pasukan mencipta jaringan menyaksikan permainan berlanjutan ke masa tambahan. Kedudukan tetap kekal 1-1 selepas aksi 30 minit masa tambahan perlawanan sekali gus memaksa penentuan sepakan penalti yang akhirnya memihak kepada Malaysia 4-3.

Well Done Harimau Malaya. Harimau bukan sebarang Harimau, Harimau mari dari Malaysia. aummmmmmmmmmmm! syabas harimau muda! ibu segala pingat emas dalam gengaman!xsia2 menjerit smpi hbs suara smlm!

x kan bace jer???cer komen...

16 November 2011

NILAI SEBUAH CINTA



Berkenalan dengannya pasti membuatkan seorang insan berasa dirinya agung,
Anugerah yang merupakan lengkapan azali untuk sebuah kehidupan.
Dengan cinta, kita belajar mengenal perasaan, kita belajar mendidik jiwa, kita belajar menahan sabar.

Cinta juga membawa manusia kepada sebuah kemuncak keindahan.
Ketinggian taraf sebuah cinta tiada bandingan.

Kita berkenalan dengan cinta kerana ketentuanNya.
Kita dianugerahkan dengan nilai sebuah kasih-sayang juga kerana telah ditetapkan oleh Nya.

Bermula dengan perasaan kasih, menyemai sebuah ikatan ukhwah, dan seterusnya menguntumkan bunga-bunga cinta. Oh, alangkah indahnya.

Tapi, kadangkala cinta membuatkan kita lalai, lupa pada hakikat sebenar makna sebuah cinta.

Kita lelap dipangkuan dan belaian cinta. Kita tewas dengan alunan-alunan rentak kemungkaran. Semuanya berlaku kerana kita belum punya Cinta Yang Maha Esa.

Cinta abadi bukan letaknya pada rangkulan cinta manusia, juga bukan letaknya pada hebat cinta seorang insan.
Tapi tunduknya kita pada keihklasan sebuah ikatan yang ditengah-tengahnya terletak sebuah cinta yang paling agung.

Hormatilah cinta kerana itu adalah anugerah yang paling indah yang telah dikurniakan oleh Allah kepada hambaNya. Muliakan cinta yang kita miliki biar menjadi sebuah hamparan indah untuk menjadi sokongan di kala melalui jalan-jalan kehidupan.
jangan jadikan diri kita hamba kepada sebuah cinta.

Jadikanlah cinta itu sahabat kepada seorang manusia yang bergelar si pencinta. Sentiasalah berdoa agar cinta yang kita miliki ini mempuyai harga yang paling tinggi nilainya di sisi Allah.

Biarkan ia bergemerlapan di waktu kegelapan. Tapi awas,walau sehebat manapun cinta manusia, percayalah bahawa cinta yang lebih agung dari cinta-cinta lain adalah apabila kita kecewa kerana cinta, kita luahkan kekecewaan kita kepada si pendengar yang setia iaitu Allah.

Dialah adalah tuan empunya segala cinta. Dia juga takan abaikan semua hamba-hambaNya.



x kan bace jer???cer komen...

15 November 2011

LIRIK LAGU OST OMBAK RINDU MENYENTUH HATIKU!










LIRIK LAGU OMBAK RINDU
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku
Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku
Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung
Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku
Hanya mampu terserah
Moga cahaya di penanti
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku



x kan bace jer???cer komen...

13 November 2011

SEGMEN '' Giveaway "7 Days''




disebabkan saya di tag oleh CIK LILY,
hari ni saya merajinkan diri lagi untuk join segmen...
kali ni segmen 

Giveaway "7 Days"


jadi saya nak tag 2 orang rakan blogger :

SIS92

Kalau nak join TEKAN SINI cepat!!


x kan bace jer???cer komen...

11 November 2011

BILA NAFSU MENGUASAI DIRI..



cakkkk! cakkkk!
hihi...
tajuk cam gempak kan...
disebabkan hari ni xhapdet entri pape lagi...
jadik sebelum balik nak hapdet walaupon xde motip...
hehehe...
just nk share gambar...
gambar dimana nafsu makan menguasai diri! yippie!
camana xtembam kan???hehe
lunch saya yg xbape mewah,lagi2 hampir hujung bulan kan...
nk taw ape??
aiskrim+mcdonal!
beshhh gila dapat makan aiskrim...
saya adalah peminat aiskrim tegar...
lagi2 aiskrim coklat...
kalau dapat makan xhengat dunia la...
korang suka makan aiskrim ape?
saja nk tanya...

jom cuci mata sampai TERBELIAK!!









GREAT LUNCH TODAY!

x kan bace jer???cer komen...

10 November 2011

'Segmen: Fathiah Tak Jumpa Blog'





haiiii...hapdet lagiiii???
rajin sangat cik eyja hapdet entri je hari ni kan...
tapi ni last entri untuk hari ni...
cik eyja nk join segmen lak...
disebabkan SIS92 yang comel ni tag cik eyja...
cik eyja terpegun secara langsung mahu join..
segmen ape???

 'Segmen: Fathiah Tak Jumpa Blog'


Syarat-Syarat
1. Follow Blog Neh.(KLIK SINI)
2. Buat Entry And Copy Banner Di Atas, And Linkkan ke Blog Fa. Letak La Tajuk Pape Yang Berkaitan. Contoh- 'Segmen: Fathiah Tak Jumpa Blog'
3. Tag 3 Orang, Atau Lebih. Ikut Suka Lah. Siapa Yang Jadi Top Referral, Ada Ganjaran.
4. Tinggalkan URL Entry Anda Di Ruangan Komen Fa Okay. 

so sekarang cik eyja nak tag blogger cumil2 ni...
1. SIS92
3 . EN FIRR

TARIKH TUTUP: JUMAAT 11.11.11, Sebelum Pukul 12 Malam. 


x kan bace jer???cer komen...

09 November 2011

THANX CIK MIERA!





yeayyy!
follower saya da 77 orang..
heboh jer...baru 77 orang da kecoh...??
hihi...al maklumlah saya blogger baru...
77 orang pon da rasa bermakna...
tapi cantik no 77 ni...
thanx pada follower blog xseberapa ni...
nama nye cik MIERA




thanx cik miera sudi memeriahkan blog ni..
cayang cik miera...muaxx...
hehehehe...
JOM TERJAH!!


p/s : kalau leh nk genapkan sampai 100...hehe

x kan bace jer???cer komen...

Tutorial : Meletakkan background pada blog




hai cakkkk...
harini xtaw nk watpe...
so ape ag..hapdet entri lagi...
tp kali ni nk try wat tutorial nk letak background comel pada blog comel anda!...
memandangkan kawan-kawan sy bertanya...
ini first tutorial dari sy...
blogger lama yg da taw...SHHHHH!...

First sekali , pada sesiapa yang ada letak code background sekarang , tak kira lah dekat CSS CODE ke , atau dekat Add a Gadget > Html/Javascript ke . 
Tolong Delete Dahulu Eh ? ..

1. Sekarang korang COPY dulu code di bawah :
<style>body {
background-image: url('URL BACKGROUND');background-attachment: fixed;background-repeat: repeat;
}</style>
2. Then pergi dekat Dashboard > Design > Add a Gadget > Html/JavaScript

3. Paste kod tersebut di ruangan Html/JavaScript tadi tu . ok!

4. Mana nak dapat background comel-comel?? TEKAN SINI

4. Then , yang warna merah = URL BACKGROUND tu , korang boleh ambik URL nya .

5. Macamana nk ambik URL??? Korang click kat gambar,pastu korang tekan right click, korang 'copy' 
URL dan 'paste' dan gantikan pada perkataan 'URL BACKGROUND'. 

6. Dah siap sume, korang PREVIEW dulu...takot kang xjadi...da preview korang SAVE!

Da comel kan blog korang??? kalau da comel, bagitau cik eyja k!

x kan bace jer???cer komen...

AKU BERSYUKUR ...



Syukur? Banyak benda yang kita perlu rasa bersyukur.

1. Aku bersyukur kerana masih lagi diberikan peluang untuk bernafas.
2. Aku bersyukur dilahirkan sebagai seorang perempuan dan di lahirkan sempurna.
3. Aku bersyukur dilahirkan sebagai seorang muslim didalam keluarga islam di Malaysia yang aman dan damai.
4. Bersyukur kerana masih mempunyai kedua ibu bapa yang sihat untuk menumpang berkasih, bermanja.
5. Bersyukur pada usia 23 tahun aku masih sihat dan tiada penyakit kronik setakat ini.
6. Aku bersyukur mempunyai blog yang cute .
7. Aku bersyukur mempunyai mama yang masih cantik dan pandai masak. Dan aku suke makan.
 8.Aku bersyukur dapat abah yang boleh bergurau seperti kawan dan kelakar.
9. Aku bersyukur boleh memasak seperti mama.
10. Aku bersyukur bakal suami tak akan mati kebuluran atau tak akan carik yang lain kelak.
11. Aku bersyukur kerana mempunyai pekerjaan .
12. Aku bersyukur mempunyai kereta sendiri..
13. Aku bersyukur setiap bulan mampu bayar balik PTPTN hingga sekarang .
14. Aku bersyukur mempunyai adik beradik kesemuanya perempuan. 3 orang perempuan. Bila orang tanye dorang kata "wah best nye sume pempuan" padahal asyik gaduh tarik2 rambut, pasal nak pinjam baju la, turn sape kene masak lah, pasal sape paling lawa lah. Bf sape paling hebat lah. LOL 
15. Aku bersyukur kerana mempunyai kawan kawan yang baik hati dan mulut becok macam aku. So tak ada masa nak sentap2.
16. Aku bersyukur kerana menemui lelaki yang salah dahulu sebelum menemui lelaki yang betul. Agar kita lebih menghargai apa yang kita ada sekarang.
17. Aku bersyukur aku jenis tidak boros seperti perempuan lain. Kalau pakai kasut, pakai satu kasut tu sampai rosak. Baru beli yang baru.
18. Aku bersyukur kerana aku tahu bersyukur dengan semua nikmat pinjaman Allah ini.
19. Aku bersyukur mempunyai readers dan followers yang baik hati dan sudi melawat blog ini. Dan baca list bersyukur yang eh bila nak abis nih!
20. Aku bersyukur yang akhirnye aku dapat habis kan list syukur ini.
21. Aku bersyukur sebab aku bukan artis. Dan ada dua mata. eh ape kene mengena? hahaha tah lar..


Anda bersyukur?

Alhamdulilah.. mari kita ucap alhamdulilah sama sama!


hehe..

x kan bace jer???cer komen...

07 November 2011

HEADER BUAT EN FIRR PULAK!



cakkkkkkkkk!
ape kabar sume blogger...
kompom sihat kan...
lagi2 pas raya ni...
kompom dua hari makan macam2.
raya saya xmeriah...
xlek kampung pon...
dok umah teman mama tido...
hari xde idea nak hapdet entri..
maklum lah...bpe hari bercuti...
otak pon bercuti..
cume hari ni cik sweet sempat la wat header tok kawan cik sweet...
header ni da lama kawan cik sweet request suh wat kan...
tapi da lama tergendala sbb sibuk skit...
hari ni xbpe sibuk...
cik sweet melayan permintaan beliau..
cik sweet wat FREE je...
mls nk ambik upah2 ni...
meh tgk header tok EN FIRR..

SIMPLE JER...

harap2 En FIRR suka la ye...
so jom TERJAH beliau ...
beliau merupakan blogger baru...



x kan bace jer???cer komen...

03 November 2011

AKU BERSERAH PADA MU...



Assalamualaikum cume!
lme rse xhapdet entri kt cini...
bkn buzy...tp tertekan ngn mslh yg sdg dihadapi...
sape xtertekan kalau rse dianayai kn...
tp alhamdulilah...smlm sy da g interbiu keje baru...
jawatan yg sme...tp tempat len...
nk taw kt mne???
NILAI UNIVERSITY COLLEGE...
jawatan ape???
sebagai MEDICAL LABORATORY TECHNOLOGIST...
da lme xinterbiu keje...
smlm rse berdebar yg teramat sgt2...
alhamdulilah...ngn lafaz bismillah...
sy masuk ke ruang interbiu...
org yg interbiu sy 3 ORANG!!!
terkial2 jugak la memula nk kenalkan diri..
off coz soalan pertama mereka akan ckp sila knl kn diri..
sy pon dengan smgt memulakan perkenalan...
BLA...BLA...BLA...
akhirnye tukang interbiu tye...
boleh x sy masok lepas rye haji...
tetibe otak pon ligat berfikir...
sy masih dlm contract la! kne 1 month notis!
teros sy jwb xleh encik...sy kne bg notis 1 month...
tetibe tukang interbiu ckp...ala company awk pon xnk awk ag kn...
ckp je kt dorg awk da dpt keje bwu...
sy tersenyum je la dgr...
tapi.....
DUP DAP DUP DAP!
tukang interbiu berkata lagi....camtu sy xleh nk confirm kn lagi la...
sbb awk msih ade contract...
teros berhenti SENYUM...
''dalam hati dok bercakap...mesti harapan tipis ni'' 
so perbincangan teros dilakukan antara tukang interbiu bagi memikirkan sy diterima atau tidak.
xlme tersebut sy pon kuar dr tempat interbiu dengan harapan yg tinggi..
so pas interbiu sy ngn mama sy tros ke nilai 3...
tgh syok2 order MARYBROWN (xde kedai mkn best...terpaksa mkn marybrown)
staff dr NILAI UC call ...
rupanya xckup interbiu dpn mata...
mereka interbiu dlm phone..
camtu pon ade..
sy pon jawab la...
BLA..BLA...BLA...
hbs interbiu dlm phone,sy lega....
(dlm hati berdoa agar semua berjalan lancar..tp jwpn diterima atau tidak masih lom terjwab..
pihak NILAI UC mengambil masa seminggu untuk membuat keputusan...ya allah hanya pada kau aku berserah..amin)


x kan bace jer???cer komen...

27 October 2011

aku kecewa!



terlalu lama rasanye xhapdet entry kt sini...
sememangnye terlalu sibuk...
alhamdulilah hari sempat jugak hapdet entri..
tp kali ni mood cik sweet mcm terawang-awang...
sebabnye cik sweet dapat berita yang amat menguris hati.
rasa nk lari jauh2...
terasa susah payah,penat lelah cik sweet selama ni xberbalas...
npe ni cik sweet???
hmmm...lagi 77 hari cik sweet terpaksa mengucapkan selamat tinggal
tinggal pada student2 tersayang kt CITY UC tempat cik sweet mencurah ilmu selama ni...penat lelah menaikkan makmal yang dari nothing da jadi mcm sekarang xberbaloi pon rasanye...
sedih sungguh hari ni...
contract cik sweet disini xdisambung..
sbb utama yg mguris hati,katanya pengambilan student semakin sedikit...
sungguh xrelevan alasan tersebut...
jika cik sweet ade masalah disiplin dalam kerja atau sebab yang kukuh,
cik sweet leh terima...
tapi bila itu alasan nye yang cik sweet dgr...cik sweet jauh hati...
xpe lah...mgkin ini ketentuan ilahi...
cik sweet redha...
ini ujian allah beri pada sy..


Tabahkan hatiku Ya Allah..

Ya Allah, beratnya ujian-Mu padaku..
Adakah ini kafarah atas sume dosa-dosaku..
Ampunkan daku Ya Allah..
Tabahkan hati hambamu yang hina, kerdil dan lemah ini..
KepadaMu lah aku mengadu segala-galanya
Engkaulah Maha Pendengar lagi Maha Penolong...
Engkau berilah ketenangan kepada jiwa hambaMu ini
Engkau permudahkanlah segala yang payah dan sukar itu
Ya Allah..



x kan bace jer???cer komen...

25 October 2011

HAPPY DEEPAVALI SAYANG!










cik sweet xmampu nk taip panjang-panjang.
sy PENAT hari ni!
HAPPY DEEPAVALI BUAT BLOGGER2 TERCHENTA...


x kan bace jer???cer komen...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
copyright@2010-2011.Segala yang dicipta adalah hak milik SweetBellyGurlz