29 September 2011

hilang dara kerana cinta



sekadar hiasan
*SERIUS SANGAT, SEBELUM ANDA BACA ARTIKEL NI, ISTIGHFAR DULU DAN BERTENANG, SEBAB MEMANG PEDAS DAN PASTI AKAN TERASA SANGAT-SANGAT...TUJUAN SAYA BUKAN NAK HINA KAUM WANITA, TAPI JUST NAK NASIHATKAN, JADI CARA NASIHAT TU PELBAGAI, PERLI ADA, LAWAK ADA, KERAS ADA...APAPUN JIKA ADA SEBARANG KETIDAKPUASHATIAN, SAYA HARAP SANGAT ANDA BOLEH BAGITAHU PADA SAYA...SAPA YANG TERASA SEKALI LAGI SAYA MINTA MAAF...

"Aku cintakan padamu!, jangan tinggalkan ku!"..."I love u sooo much honey"... "aku tak boleh hidup tanpamu!"..."Aku sanggup mati untuk mendapatkanmu"..."Aku sanggup lakukan apa sahaja untukmu"..."Jangan lukakan hati I, I tak tahu kat mana tempat nak mengadu kalau takde u"..


Itulah antara kata-kata indah yang selalu diungkapkan oleh sang putri (wanita) kepada teman lelaki mereka. Kata-kata ini seolah-olah menunjukkan bahawa teman lelaki merekalah yang menciptakan dan memberi nyawa kepada mereka. Kata-kata ini juga boleh menyebabkan dia menjadi syirik kepada Allah Azza Wajalla yang telah menciptakan manusia dan seluruh alam ini. Nauzubillah.


Mereka bertudung. Mereka berkalimah syahadah. Mereka mengaku Muslimah. Tetapi hakikatnya mereka adalah pendusta!. Adakah seseorang itu disebutkan Muslim yang baik hanya selepas dia berkalimah syahadah, dengan mengaku 'tiada Tuhan melainkan Allah, Muhammad itu pesuruh Allah' tetapi dalam masa yang sama diatidak melaksanakan apa yang diperintahkan oleh Allah dan Rasulnya?.

Siang malam menghabiskan duit. Koman-koman sehari mereka akan menghabiskan hampir RM 100 hanya untuk 'topup' credit phone untuk menghubungi dan bermesej-mesej dengan teman lelaki mereka. Apa yang dimesejkannya?. 'U dah makan?"...."U ada kat mana?"...'I miss u sayang"..."U tak tidur lagi ke?..."U ada teman baru ke?"...itulah antara mesej-mesej yang boleh dikatakan menjadi satu kewajipan bagi mereka. Bayangkan jikalau mereka menggunakan duit itu di jalan Allah. Seperti, print artikel dakwah, pastu potostat banyak-banyak. Then edarkan kepada orang ramai. Subhanallah!. Berapa banyak orang mendapat manfaat daripadanya?. Berapa banyak pula pahala yang Allah hadiahkan kepada mereka?.

Gadis lari daripada rumah mengikut teman lelaki. Bukak je surat khabar. Ha itulah antara tajuk yang fofular. Tunjuklah gambar ibu bapa dengan muka sedihnya merayu "pulanglah anakku..mak masih sayang padamu..kenapa buat mak macam ni"?... Tak reti bersyukur!. Derhaka!. Itu sahaja perkataan yang sesuai untuk manusia sebegini. Bayangkan hanya baru mengenali seorang lelaki yang tak sampai seminggu boleh terus hanyut dan mengenepikan ibu bapamu yang telah membelamu berbelas tahun?. Bahkan berpuluh tahun?. Cubalah refresh balik bagaimana seksanya Ibumu mengandungkanmu selama 9 bulan, membawamu ke sana ke sini tanpa sedikit pun mengeluh. Ayahmu pula tak henti-henti keluar ke sana ke sini mencari rezeki untuk menyara kehidupanmu. Akhirnya apa yang mereka dapat?. Mereka hanya dibalas najis. Bahkan ada diantara mereka membalas jasa ibu bapa mereka dengan 'mengandung anak haram'...petuiih. Tak ada rasa malukah mereka-mereka ini?. Di mana lelaki kamu yang selalu bersamamu?. Dah lari dah?. Ala ciannye. ehehehe...


"Nah!. Ambillah tubuhku!. Ini untuk u sayang. U mintak apa saja I akan kasi. Tapi please dont leave me honey"..wah best!. Terus lah teman lelakinya melahab dan meratah tubuh teman wanitanya. Yummy sedap betul!. Esok abang nak lagi boleh?. "No problem dear. Asalkan U tak cari awek lain. I sanggup". Wah!. Tersenyum lebarlah si teman lelakinya!. Best ni. Ada can. Beraksilah pasangan tersebut dengan aksi yang penuh dengan kasih sayang yang berpaksikan kasih sayang syaitan. Ada yang beraksi dengan bertudung tanpa baju (fewwiit). Ada yang beraksi telanjang terus (cayyalah wei). Ada yang beraksi kat taman-taman (cuba try tengok kat tempat korang :P). Ada yang beraksi kat depan masjid! (agak-agak sikit wei!). Wah happy betul pasangan ni. Siap rakam-rakam guna phone sebab nak buat kenangan. 2-3 minggu selepas itu. Si awek call teman lelakinya. 'Abang!. I ngandung ni!. Mcm mana ni?. U kenelah jadi suami I. U kena tanggungjawab!. U kena ingat janji U dulu!."..Si teman lelaki "...................". Kenapa u tak jawab honey?. Tanya si awek. Apa yang dijawab si teman lelaki? ".....Tut....Tut....Tut..."..Handphone ditutupkan!.


Bukan main terkejut si awek!. Call lagi si teman lelaki. Kali ni dia angkat. Tapi suara orang perempuan. Kata perempuan tersebut "..Please try later..". Jeng jeng jeng!!!...hampa nak buat apa time tu?. Nangis air mata darah?. Sudah tentu tidak berguna lagi. 4 Bulan selepas itu. Ambik kau. Perut sikit punya besar. Mak ayah ingat anak dah jadi gemuk sebab makan banyak (orang gemuk jangan terasa). Selama ni badan kecik je. Oh! rupa2nya dia mengandung!. "Keluar kau dari rumah ni!. Kau bukan anak aku!. Aku tak pernah ada anak kotor macam kau!."..Maka keluarlah wanita tersebut dengan penuh hina dan kesedihan yang tidak terhingga. Ke mana nak pergi?. Oklah rumah kawan. "Eh asal awak gemuk semacam ni?. Kenapa awak nangis ni?. Ada problem"?. Tanya si kawan. Dia menjawab. "I baru kena halau dari rumah. Actually I hamil anak bf I. Tapi dia dah lari."...Betapa terkejutnya si kawan. "Eh pergilah kau dari sini!. Aku tak pernah ada kawan yang perangai buruk macam kau ni!." Kedegang bunyi pintu ditutup. Apa kes?. Ha nangislah kat situ. Ibu bapa dah halau.


Sekarang ni kawan pun dah halau. Mereka masih lupa untuk bertemu dengan Allah yang Maha Pengampun dan Maha Penyayang.. Sampai masa yang cukup. Anak yang dikandungnya pun keluar. Oh!. Ingatkan nak peluk cium anak tu dengan penuh kasih sayang!. Dia pergi tikam pulak anak tu!. eh-eh dia pi sumbat si bayi comel tu ke dalam lubang tandas!. Tak boleh juga. Dia buang dalam tong sampah. Dia biarkan anaknya dirobek-robek anjing!. Celakalah kau perempuan!. Sudahlah berzina, kemudian membunuh pula?!. Last-last. Hidup dah tertekan. Maka dia ambil keputusan naik atas bangunan paling tinggi. Kemudian menjadi ala-ala superman. Nak buat apa?. OH TIDAK!!. DIA BUNUH DIRI!. Maka melayanglah tubuh wanita itu menghempas ke tanah. Terburai isi perut, otak dan segala-galanya. Maka tamatlah riwayat hidup wanita itu yang akan mendapat azab Allah di akhirat. Ingat sudah selesai selepas membunuh diri?. No way!. U tunggu azab Allah!. AZAB YANG PEDIH DAN SEPEDIH-PEDIHNYA!.


Sedarlah wanita. Kenapa kamu sanggup menangis hanya disebabkan manusia?. Kenapa kamu sanggup membuatkan fikiranmu pening hanya kerana memikirkan teman lelaki mu?. Kenapa kamu sanggup mengenepikan Syurga hanya untuk Neraka?. Kenapa kamu sanggup tinggalkan pelajaran kamu hanya untuk teman lelaki?. Kenapa kamu sanggup menderhakai ibu bapamu hanya kerana ingin mengikut teman lelaki mu?. Nak menyanyangi manusia tidak salah. Bahkan ianya wajib..Nabi bersabda. "Tidak akan diterima keimanan seseorang daripada kalian, sebelum ia mencintai sesama Muslim sebagaimana Ia mencintai dirinya sendiri". Cintailah mereka dengan penuh kasih sayang. Tetapi cinta kepada Allah adalah melebihi segala2nya!.


Wanita!. Ambillah pengajaran atas apa yang berlaku terhadap rakan-rakanmu yang hilang punca hidup. Ambilah pengajaran. Dan berhati-hatilah.

"Dan apakah Kami tidak memanjangkan umurmu dalam masa yang cukup untuk berfikir bagi orang yang mahu berfikir, dan (apakah tidak) datang kepada kamu pemberi peringatan." (Fathir, 37)


Kenapa bila terjadi sesuatu masalah kamu tidak berhadapan dan melutut di hadapan Allah?. Takut Allah tidak menerimamu?. Dosamu banyak? Lebih banyak daripada air di lautan?. Ingatlah bahawa Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang!. Sekalipun kamu melakukan syirik kepada Allah, kemudian bertaubat!. Nescaya Allah menerimanya!. TAUBATLAH! KEMBALILAH KEPADA ALLAH!.


Bukti cinta Allah yang teramat Agung!. Dalam sebuah Hadits Qudsi:

"Wahai anak Adam, sesungguhnya jika kamu berdoa kepadaKu dan berharap kepadaKu, necaya Aku mengampuni dosa-dosamu yang telah lalu dan aku tidak peduli. Wahai anak Adam, seandainya dosa-dosamu mencapai awan di langit kemudian kamu meminta ampunan kepadaKu, Nescaya Aku mengampuni dosa-dosamu terdahulu dna Aku tidak peduli. Wahai anak Adam, seandainya kamu datang kepadaKu dengan mebawa dosa-dosa sepenuh bumi kemudian kamu datang kepadaKu dengan tidak menyekutukanKu dengan suatu apapun, maka Aku memberi ampunan kepadamu sebanyak dosa-dosa tersebut.

kredit to : 
http://aliffcullen.blogspot.com/
x kan bace jer???cer komen...

segmen saya nak baca belog awak



asalamualaikum...

hai. sekarang ni blog anis adila aris tengah buat segman sekarang. segmen saya nak baca belog awak. jom ramai-ramai join jom. 

siapa nak join, jom terjah blog anis adila aris jom.





x kan bace jer???cer komen...

oh no!!!! kepci da mari!!!!!!!!!!!

asalamualaikum sume!!!

hehehe...beria je tajuk kan...tp sbnrnye dalme rsenye xhapdet blog ni...
sweet lebih byk meluangkan masa tok menchantekkan blog ni ajer...
alhamdulilah...blog sweet mkin CHOMELLLLL....(pasan lak kan)
hikhik....tp sbnrnye msh byk perlu diperbaiki ag...
klu sape2 ade cdgn bg la kt sweet k...
sweet ni budak bru blaja ...

actually hr ni sweet gumbira ssgttt...
sbb dpt jumpe teman lme td...
teringat zaman prktikal dolu2...
kami sentiasa ber Hoo Haaa dalam lab...
sampi akk2 lab pon taw kekecohan kamiii...ngeeee

disebabkan kawan sweet kata dye rindu sweet n nk belanja mamam ..
so dgn senang hati n gembira nye kami ke KFC kota dmnsara td...
mmg la sng hati kn...sbb kawan kata dye nk belanja...sape xsng hati kn...hikhik
sweet je la sng hati tp dye kne susah hati sbb blnja sweet...hehe

terima kasih yer kawan ku yg MANJA,GEDIK N BAIK HATI sbb belanja td...
post kali ni untuk awk...
msti awk tersenyum2 kn tgk muka awk sy popularkan dlm blog yg x bpe hade ni..hikhik...

meriah makan tengahari sy hrni!!1

time kacih kawan yg MANJA, GEDIK N BAIK HATI...!
esok2 belanja ag eh...
ngeee..cyg kamu...muaxxxx
p/s : kalau ade sape2 yang nk knl ngn kawan sweet yg manja, gedik n baik hati...MAAP la ye...dye da berpunya...hikhik....




x kan bace jer???cer komen...

28 September 2011

saya sayang kawan saya!


SAYA SAYANG KAWAN SAYA YANG….
faham perasaan + emosi + situasi saya time saye kawan. Saya tak perlukan kawan (lansung tanak!) kawan yang selalu ingat dia semua tau dan dia le yang paling memahami.

SAYA SAYANG KAWAN SAYA YANG….
sanggup membela saya tidak kira saya salah or tak salah. Saye ske kawan saye yang akan sentiasa bersama saya even seburuk dan sejijik mana saya.

SAYA SAYANG KAWAN SAYA YANG….
selalu doakan kebahagian dan keredhaan untuk saya. bukan yang menjaja dan mencanang cerita buruk kawan-kawannya pada orang lain (kat blog pon nak citer ke? ..ayoo!! 1 dunia taula!!). Saya suka kawan yang ada ego mereka tersendiri, jgn sampai mudah dipujuk rayu dan dipijak (padahal masa kena tinggal, macam2 pendirian dibuat tapi musnah dengan pujuk rayu). Saya suka kawan yang mendoakan yang terbaik untuk kawan2 laen.

SAYA SAYANG KAWAN SAYA YANG….
iklas dan jujur meminta maaf dengan kesilapan / terlajak kata yang dilakukannya. Saya sayangkan kawan saya yang ada menjaga emosi saya walaupun ketikanya memang saya beremosi.

SAYA SAYANG KAWAN SAYA YANG….
selalu menasihati saya walaupun melibatkan soal agama. walaupun mereka pun tidak terer bab agama tapi mereka stay menasihati saya (xde orang perfect) dan nasihat mereka saya terima dengan hati yang terbuka dan saya xkan mengeraskan kepala untuk tegakkan benang yang basah. Bila berseorangan (sedih) dekat dengan tuhan tapi bila berdua (gembira) lupa dengan tuhan (takutnye jadi camtu!!)

SAYA SAYANG KAWAN SAYA YANG….
selalu CARE terhadap saya, memahami saya walaupun mereka CARE saya secara x ikhlas dan hanya cuba membuat saya menyampah dan meluat dengannya. Thanx sebab CARE ngan saya dan saya xkisah jadi loser asalkan kawan saya dengan stylo nye jadi winner..
x kan bace jer???cer komen...

13 September 2011

terima kasih SAHABAT KU!!!!

 
Orang kata SAHABAT tu selamanya,
orang kata SAHABAT lebih dari cinta,
orang kata sekali SAHABAT selamanya SAHABAT,
orang kata pilihlah SAHABAT dr CINTA,
orang kata mereka pentingkan SAHABAT dari CINTA,

Sebabnya :D

mereka kata CINTA itu buta dan akan menyebabkan kita JATUH dan TERLUKA,
mereka kata SAHABAT pula akan bantu kita BANGUN dan PULIHKAN kita,
mereka kata CINTA boleh di cari tetapi SAHABAT sukar untuk di cari,

Maka :P

mereka pilih SAHABAT dr CINTA,
mereka dahulukan SAHABAT dr CINTA,
mereka pentingkan SAHABAT dr CINTA,

Tetapi :(

bila mereka mulai merasakan CINTA,
SAHABAT di lupakan,
SAHABAT di tinggalkan,
CINTA boleh menegur tentang SAHABAT,
tapi,
SAHABAT tak boleh menegur tentang CINTA,
kata-kata dan ikrar hanya tinggal kata-kata tanpa makna,

Sebabnya :(

CINTA telah menjadi segala-galanya,
CINTA telefon tgh mlm nak masuk pg tak apa,
CINTA merajuk tak apa,
CINTA marah tak apa,

Bila :D

SAHABAT telefon malam dh nk pagi,talian sibuk *call waiting*
SAHABAT ada masalah langsung tak di endahkan,
SAHABAT merajuk dia yg marah,
SAHABAT marah,dia teruskan putuskan persahabatan,

Sebabnya :)

dia fikir CINTA akan menemaninya,
tapi,
dia x prnh fikir,
adakah cinta itu cinta SEJATI dan ABADI?
sedangkan SAHABAT sejati sudah di tinggalkan,

Akhirnya :(

setelah di tinggal dan di lukai oleh CINTA,
dia kembali mencari SAHABAT,
meminta-minta kembali kasih SAHABAT,
luka SAHABAT terlalu dalam,
namun,SAHABAT masih menerimanya,
kerana bg SAHABAT,
SAHABAT adalah SELAMANYA,
luka yg telah di gores di hati,
SAHABAT menganggapnya sebagai dugaan PERSAHABATAN,
kerana bagi SAHABAT,
"SAHABAT sebenar akan mencapai tangan sahabatnya dan akan menyentuh hatinya"

**Antara cinta dan sahabat,sweet pilih sahabat...coretan ni khas untuk sahabat sweet TETAP bersama sweet tatkala susah dan senang...TERIMA KASIH SAHABAT!**
 
 
BERSAMA SAHABAT DI HARI KONVOKESYEN KAMI!!

SAHABAT YANG SENTIASA WAT SY GEMBIRA!!!

SAHABAT SENTIASA MEMBUAT HARI GEMBIRA TATKALA DI LANDA MASALAH

SAHABAT YANG BANYAK MEMBANTU TATKALA SUSAH DAN SENANG!


KAMU INSPIRASI SAYA!!!!

WALAU ADA SENGKETA,KITE TETAP BERSAHABAT!!!

SAHABAT SEHATI SEJIWA SEGEDIK !!!

KAMU BERDUA TETAP SAHABAT SEJATI SY SMPI BILA2! SAYA SAYANG KAMU!!!


x kan bace jer???cer komen...

12 September 2011

497,691 Calon Duduki UPSR ( adik sweet salah sorg calonnya!)



KUALA LUMPUR – Seramai 497,691 murid tahun enam menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) mulai hari ini sehingga Khamis di 8,235 pusat peperiksaan di seluruh negara.
Daripada jumlah itu, seramai 23,467 calon berdaftar bagi kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Ketua Meja Pegawai UPSR Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Rahimin Ahmad berkata untuk tahun ini, 257 pusat peperiksaan disediakan.
Sementara itu, tinjauan Bernama di Sekolah Kebangsaan St John 1 mendapati ibu bapa menghantar anak-anak mereka yang menduduki peperiksaan itu seawal 7 pagi.
Guru besar sekolah, Cik Jamaliah Mohd Jamal berkata terdapat 83 calon berdaftar di sekolah itu.
Di Sekolah Kebangsaan Taman Keramat 1 pula, seramai 132 calon menduduki peperiksaan di empat pusat peperiksaan.
Sementara itu, Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi menasihati semua calon supaya menjaga kesihatan terutama ketika keadaan jerebu ketika ini.
“Saya minta pelajar sentiasa berhati-hati dan jaga kesihatan agar tidak mengganggu mereka menduduki peperiksaan selama tiga hari… ibu bapa pun saya harap agar sentiasa berikan semangat kepada anak-anak mereka,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini. – BERNAMA

p/s : good luck to my sis for UPSR today!
x kan bace jer???cer komen...

11 September 2011

Stail bercinta dulu-dulu.huhu

 
Jom tengok macamne stail bercinta dulu-dulu.

1) Chatting Room
- Budak lelaki akan habiskan masa kat cyber cafe untuk berchatting. Masa tu chatting web yang paling hot ialah MIRC dan room paling femes ialah Mamak dan Kampungchat. Kadang-kadang diorang tak sedar yang diorang tengah chat dengan orang depan. Ada pulak yang dapat tau dia tengah chat dengan orang depan dia usha senyap-senyap. Kalau lawa, canteekk..teruskan chatting… Kalu kureng tuh, “err oklah awak saya ada hal ni nak out!..”

2) Minta Email
-Bila lelaki jumpa perempuan, diorg akan tanya “awak ada email tak?, apa alamat Friendster awak?”. Selalu kalau jumpa awek mesti diorang akan tanya emel, atau Friendster. Masa ni Facebook dan  Twitter belum ada. Jadi bila dah dapat email atau alamat Friendster, keraplah berbalas-balas email.

3) Bergayut Di Telefon Awam
- Stail ni aku rasa memang ramai penah buat. Yela, masa tu henpon mahal gedabak yang Nokia 331o tu pun rm400. Jadi diorang akan mintak nombor tepon rumah. Bergayut berjam-jam kat public phone, sanggup tu simpan duit syiling belanja sekolah semata-mata nak bergayut. Pakcik kat belakang bengkek je tengok kita buat public phone macam telefon sendiri.

4) Surat Cinta
- Bagi yang sedang hangat bercinta diorang akan berbals-balas surat. Surat cinta pulak penuh dengan bedak,  ayat jiwang-jiwang smua, macam apa tu.. “Sudah baca harap balas?”..haa lebih kurang kot. Pulak tu, pass surat ada lah posmen dia. Takpun main selit celah buku atau bawah laci meja

5) Lelaki Dan Bola Sepak
- Bila sukan semua budak lelaki sibuk je nak main bola sepak walaupun tak reti. Bila main bola meraban ntah kemana. Bukan nak main pun, nak bagi budak perempuan sekelas tau yang awok main bola, nampak la kelakiannya. Euww macho nye!…

6) Perempuan Dan Kebersihan
- Dalam kelas perempuanlah yang paling rajin menyapu sampah bawah meja semua, lelaki buat derk je. Ye la nampak la kesopanan dan kepandaian perempuan menjaga kebersihan dimata lelaki kan?. Ada pulak perempuan suka sangat bawak bedak kat sekolah. Dulu mekap-mekap ni jarang kot. Jadi bedak je la yang diorang bawak, dengan harapan mereka putih dan wangi sentiasa di mata lelaki.

7) Beraksi
-Lelaki sibuk dengan basikal diorang, basikal BMX la, basikal racing, pakai sportrim, tempat duduk senget kebelakang.. Naik basikal buat pacak buat wikang, pulak tu buat  tu depan awek-awek masa balik sekolah. Kononnya awek tengok, euww hebatnyee!.

8 ) Belanja
-Waktu rehat lelaki suka belanja orang yang dia suka makan aiskrim Malaysia, so sweet!. Alah aiskrim yang kita gigit hujug dia dan pulas-pulas sampai putus. Dulu harga dia seposen je. Yang perempuan pulak, orang dah belanja amik je la.

9 ) Kerja Sekolah
-Masa ni la lelaki tunjukkan kebaikan mereka buatkan kerje sekolah. Ehh, takpe keje skolah dia tak siap takpe janji keje sekolah orang yang dia suka siap. Bila kena panggil dengan cikgu kedepan, kena rotan rasa bangga. Ye la, dirotan kerana orang tersayang, pengorbanan tu!

10 ) Biodata
-Masa ni tukar-tukar biodata memang pemes. Lagi-lagi pulak lelaki tu dapat biodata awek habis heboh dengan member-member. Dalam biodata tu macam-macam la tulis dari nama penuh, alamat, kesukaan, hobi, kaler, dan sebagainya.. Siap pulak ada buat koleksi. Hehe

p/s: Sweet pon ade pglmn cmni....Korang pun ada kan mengalami macamni..hehe
x kan bace jer???cer komen...

08 September 2011

kekreatifan ku bermula...huhu

asalamualaikum wbh blogger..
da lme xupdate dan merepekkn diri kt cni..
wlpon blog sweet ni xmenarik mcm blogger2 len...
sweet tetap jgk berblogging...
hari ni sweet g keje mcm biasa...tp ngtok nye bkn men...
mybe sbb bgon pg2 sgt g hntr adik skolah...
sllu mama hntr adik g skolah...tetibe hrni adik kejot suh hntr dye..
nk xnk bgon la jgk...tu yg ngntok lua biasa hrni dr hr biasa2...huhu
hari ni sweet kne jge student2 sweet exam...
sgt memboring kan dan mengantok sgt2...
hampir tertido jgk la..

ni tgh tggu student2 ni jawab exam la...ngntok nye bkn main ag...
 last2 da ngntok sgt...sweet pon memulakan part time hobi sweet...
nk taw ape??sweet suka melukis...
tp xde la terer mane...suke2..
tp adik2 mmg bab lukis mmg suka bgi sweet lukis...
kata nya akak nye ni lukis cntik...tah btol xtaw la...
ni sweet bg korg tgk..
korg nilai la sndiri..hehehe

macam2 ade lukisan ni...hehe


x kan bace jer???cer komen...

05 September 2011

raya lagi! tp TERSANGKUT dalam lif!

assalamualaikum w.b.h blogger..
lme xupdate blog sjak 9hr bercuti rye...
alhamdulilah,sweet kembali berkerja smlm...
tp smlm xde mood nk update blog..
mybe sbb lme sgt bercuti,smpi mood kerja pon xde...

alhamdulilah...rye thun meriah jgk la...
tp xsemeriah thun lps...
sbb nye...
thun lps dpt wet rye (wlpon thun lps 22 thun)
tp thun ni giliran sweet lak bg wet rye...hehehe...tros xmeriah kn..

sbnrnye sweet nk kgsi ttg peristiwa yg blaku smlm...
wlpon blaku 30 mnit..
tp sgt mengerunkan...sweet terperangkap dlm LIF !!!
sblm ni hnye lihat di tv dimana berita2 org terperangkap dlm lif...
bile sweet alaminye sndiri smlm,mmg trauma..
shgga pgi ni sweet nek lif,sweet berdebar2,tkot nek nek lif...
tp sbb nk cpt,trpkse nek jgk..

dlm keadaan lif yg xbpe besar, sweet serta 9 org len, 2 knk2 sweet
terpkse menunggu hmpir 40 mnit dlm lif dengan 
keadaan pns n mkin kurg udara utk diselamatkn..

time tu mcm2 terbayang,andai lif yg tersgkut di tgh2 ni terjatuh,pe akn jdik...
saat tu la terbayang muka mama,abah n adik2 sweet..
tp alhamdulilah,sweet akhir nye bjaya keluar xlme tu...mmg bersyukur sgt2 xde pape yg jdik...
sume yg terperangkap selamat...
sweet nk ucapkan TERIMA KASIH sgt2 pd org awam yg mbntu sweet smlm...
hanya allah je dpt bls jasa kalian..
sweet panjat kn keSYUKURan yg teramat terhadap ilahi krne msih diberi kesempatan untuk hidop di ats muka bumi ini....

x kan bace jer???cer komen...

tanpa mu....

Tanpamu hidup jadi sunyi
Tanpamu ku seakan mati
Tanpamu bagai malam tanpa bintang

Chorus
Tanpamu aku akan tersesat
Tanpamu tiada lagi hasrat
Tanpamu seakan jantungku berhenti
Kau yang terindah dalam hidup ini
Dan tak akan pernah berubah selamanya
Aku terlahir hanyalah untuk kamu
Jadi pelindung dirimu
Tanpamu nafasku terhentiKeranamu aku ada disini
Tetap bersamaku selalu disampingku
Untuk selamanya

Chorus
Kasih yakinlah kepada dirimu
Sayang dan cinta ku pun hanya untuk mu
Dan takkan berubah untuk selamanya
Cintaku padamu



x kan bace jer???cer komen...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
copyright@2010-2011.Segala yang dicipta adalah hak milik SweetBellyGurlz