23 August 2011

antara IBU & KEKASIH ......

Zaman sekarang ni, kebanyakan remaja yang punyai kekasih hati lebih berminat untuk mendengar kata-kata yang diucapkan oleh bibir kekasih hati mereka daripada mendengar nasihat yang diberikan oleh ibu bapa sendiri. Perkataan-perkataan seperti 'Mak ni berfikiran kuno', 'Saya tahulah apa yang saya buat!', 'Mak, ayah jangan masuk campur urusan saya!' dan banyak lagi perkataan-perkataan keras yang lain acapkali dilemparkan kepada ibu bapa apabila mereka tidak berpuas hati dengan teguran dan nasihat yang diberikan.
Usia kian meningkat. Daripada dahulunya merupakan seorang kanak-kanak kecil kini telah menjadi remaja yang menginjak dewasa. Kehidupan yang selama ni ditanggung oleh mak dan ayah semakin dilupai. Insan baru hadir dalam hidup. Insan yang bernama kekasih disayangi dan dicintai sepenuh hati. Time tu mulalah anak-anak remaja ini lupa diri. Mak ayah ditolak tepi. Cinta kepada kekasih hati tak berbelah bahagi.
Patutlah Islam mengharamkan budaya couple. Bukan sahaja akan mengundang maksiat tetapi turut menjadikan seorang anak menjadi derhaka. Mungkin anda akan berfikir, bukan semua yang bercouple itu menderhaka kepada ibu bapa. Ya,tidak semua tetapi segelintir. Namun, alangkah elok sekiranya kita menjauhkan diri daripada perkara-perkara yang tidak mustahil akan berlaku kemungkaran daripadanya.
Pada pandangan para pembaca semua. Siapa yang patut kita utamakan selepas Allah dan Rasul? Kekasih hati ataupun Mak dan ayah? Nah! Ikuti kisah berikut untuk tauladan bersama..

Situasi 1: Mak minta tolong vs Kekasih minta tolong.

Mak: Minah, tolong masakkan nasi goreng untuk mak boleh? Mak lapar nak. Teringin nak makan masakan kamu.
Minah: Laa...Minah penat ni!
Mak: Hmm. Alahai anak aku...

Mamat: Sayang, abang lapar lah. Tiba-tiba terasa nak rasa masakan sayang. Harini sayang masak untuk abang, boleh?
Minah: Boleh abang! Sekarang jugak ayang masakkan untuk abang. Tunggu ye!
Mamat: Sayang you sangat-sangat! (gaya miang)

Situasi 2: Pesan mak vs pesan kekasih

Mak: Minah, janganlah keluar malam-malam.Tak elok tau anak dara keluar malam. Apa kata orang-orang kampung nanti. Kalau jadi apa-apa kat kamu, siapa yang susah? Mak risau.
Minah: Ala mak ni membebel je. Orang bukan pergi mana pun. Nak pergi jumpa Mamat kejap je pun susah....hish!
Mak: Alahai anak aku...

Mamat: Sayang, abang hari ni ada kerja kat KL. Sayang duduk kat kampung tu janganlah keluar malam-malam pula. Waktu abang tak ada ni, jaga diri ye sayang....I love you!
Minah: Baiklah abang. I ikut cakap you. Abang pun jaga diri tau! Love you too. (gaya gedik)

Situasi 3: Pandangan mak vs pandangan kekasih

Mak: Minah! Kenapa pakai baju ketat-ketat ni? Malu mak tengok. Bahaya pakai macam ni! Nanti lelaki-lelaki gatal kacau...
Minah: Mak ni bising la! Orang tau lah apa yang orang buat. Mak, orang dah masak la dengan perangai lelaki kat luar sana..mak bukannye tahu apa-apa pun!
Mak: Alahai anak aku..

Mamat: Sayang, you pakai short dress ni cantik sangat tau. Tergoda I tengok you! Tapi, I harap you pakai macam ni bila depan I je boleh sayang? Jangan pakai depan lelaki-lelaki lain, I tak suka. Janji sayang?

Minah: Ops, you tergoda? Hehe. Abang jangan risaulah..sayang akan pakai seksi macam ni depan abang je. Sayang tak pakai seksi-seksi bila abang takde.

Situasi 4: Mak suruh kahwin vs Kekasih ajak kahwin

Mak: Minah. Mak rasa kamu kahwin je la dengan si Mamat tu cepat-cepat. Muak dah mak tengok kau keluar dengan jantan tu tanpa ikatan, melayan telefon dari jantan yang bukan mahram. Mak tak berkenan dengan gaya kamu nak..
Minah: Mak ni kan..suka sangat tak puas hati dengan gaya hidup orang. Tau la mak jeles kan?!
Mak: Alahai anak aku.. Minah..Minah...(menggeleng kepala kesedihan)

Mamat: Sayang, abang tak sabar nak kahwin dengan sayang. Jom kita kahwin nak? (Ajak-ajak ayam)
Minah: Sayang pun tak sabar nak kahwin dengan abang! Kalau abang sudi, esok pun sayang sanggup kahwin dengan abang.

Situasi 5: Mak vs Kekasih??
Mak: Hari-hari mak tengok minah bersembang dan bermesej dengan Mamat. Cakap pula bukan main romantik. Minah, kita bercakap dengan lelaki bukan mahram dalam telefon macam tu tak elok Minah...
Minah: Mak, tolonglah faham. Jangan sibuk urusan orang boleh tak?? Orang cintakan Mamat. Tau la zaman mak dulu tak ada handphone!
Mak: Alahai anak mak......

Mamat: Betul la..abang mana ada perempuan lain. Sumpah abang tak tipu!
Minah: Abang tipu, i nampak you jalan dengan betina tu dekat pekan petang semalam! Penipu! (Menjerit-jerit dan menangis)
Mamat: Suke hati Minah la nak percaya ke tak, kalau tak percaya sangat kita putus je lah hubungan. Senang! Tak payah nak call-call dan mesej-mesej lagi dah!
Minah: Abang!!!!

*Ingatlah tidak ada keberkatan andai pesanan mak dan ayah tidak dituruti. Jika pesanan kekasih hati yang terlalu diikutkan sangat, inilah pengakhirannya!
Jadi, you all fikirlah sendiri . Ingatlah, redha Allah terletak pada redha kedua ibu bapa. Bukan pada kekasih hati you all!

-credit to iluvislam

x kan bace jer???cer komen...

22 August 2011

akibat derhaka pd org tua!

 
"Hairan saya melihat beberapa orang kampung berkumpul di kedai pada tengah hari itu. 1 September 1994. Serius mereka berbual hingga dahi berkerut-kerut. Lepas seorang bercerita yang lain menggeleng-gelengkan kepala.
 
Pasti ada sesuatu yang 'besar' sedang mereka bincangkan, kata saya di dalam hati. Setelah enjin motosikal dimatikan, saya berjalan ke arah mereka. "Bincang apa tu? Serius aku tengok," saya menyapa. "Haaa...Din, kau tak pergi tengok budak perempuan tak boleh keluar dari kubur emak dia? " kata Jaimi, kawan saya. "Budak perempuan? Tak boleh keluar dari kubur? Aku tak faham bah," jawab saya. 
 
Memang saya tak faham kerana lain benar apa yang mereka katakan itu. "Macam ni," kata Jaimi, lalu menyambung, " di kubur kat kampung Batu 10 tu, ada seorang budak perempuan tolong kebumikan emak dia, tapi lepas itu dia pula yang tak boleh keluar dari kubur tu. Sekarang ni orang tengah nak keluarkan dia... tapi belum boleh lagi ". "Kenapa jadi macam tu? " saya bertanya supaya Jaimi bercerita lebih mendalam. 
 
Patutlah serius sangat mereka berbual.. Jaimi memulakan ceritanya. Kata beliau, memandangkan semalam adalah hari kelepasan semperna Hari Kebangsaan, budak perempaun berumur belasan tahun itu meminta wang daripada ibunya untuk keluar bersama kawan-kawan ke Bandar Sandakan. 
 
Bagaimana pun, ibunya yang sudah berusia dan sakit pula enggan memberikannya wang. "Bukannya banyak, RM 20 aja mak! " gadis itu membentak. "Mana emak ada duit. Mintak dengan bapa kamu," jawab ibunya perlahan. Sambil itu dia mengurut kakinya yang sengal. Sudah bertahun-tahun dia mengidap darah tinggi,lemah jantung dan kencing manis. "Maaak... kawan-kawan semuanya keluar. Saya pun nak jalan jugak," kata gadis itu. "Yalah, mak tau... tapi mak tak ada duit," balas ibunya. "RM 20 aja! " si gadis berkata. "Tak ada," jawab ibunya. "Emak memang kedekut! " si gadis mula mengeluarkan kata-kata keras. "Bukan macam tu ta..." belum pun habis ibunya menerangkan, gadis tersebut menyanggah, katanya, "Ahhh...sudahlah emak! Saya tak mau dengar! " "Kalau emak ada du... " ibunya menyambung , tapi belum pun habis kata-katanya, si gadis memintas lagi, katanya ; "kalau abang, boleh, tapi kalau saya minta duit, mesti tak ada! " Serentak dengan itu, gadis tersebut menyepak ibunya dan menolaknya ke pintu. Si ibu jatuh ke lantai. "Saida.. Sai.. dddaaa.." katanya perlahan sambil mengurut dada. Wajahnya berkerut menahan sakit. Gadis tersebut tidak menghiraukan ibunya yang terkulai di lantai. Dia sebaliknya masuk ke bilik dan berkurung tanda protes. Di dalam bilik, dibalingnya bantal dan selimut ke dinding. Dan sementara di luar, suasana sunyi sepi. Hampir sejam kemudian, barulah gadis tersebut keluar. 
 
Alangkah terkejutnya dia kerana ibunya tidak bergerak lagi. Bila dipegang ke pergelangan tangan dan bawah leher, tidak ada lagi nadi berdenyut. Si gadis panik. Dia meraung dan menangis memanggil ibunya,tapi tidak bersahut. Meraung si gadis melihat mayat ibunya itu. Melalui jiran-jiran, kematian wanita itu diberitahu kepada bapa gadis yang bekerja di luar. Jaimi menyambung ceritanya; " Mak cik tu dibawa ke kubur pukul 12.30 tadi. Pada mulanya tak ada apa-apa yang pelik, tapi bila mayatnya nak dimasukkan ke dalam kubur, ia jadi berat sampai dekat 10 orang pun tak terdaya nak masukkannya ke dalam kubur. Suaminya sendiri pun tak dapat bantu." "Tapi bila budak perempuan tu tolong, mayat ibunya serta-merta jadi ringan. Dia seorang pun boleh angkat dan letak mayat ibunya di tepi kubur." Kemudian gadis berkenaan masuk ke dalam kubur untuk menyambut jenazah ibunya. 
 
Sekali lagi beramai-ramai penduduk kampung mengangkat mayat tersebut dan menyerahkannya kepada gadis berkenaan. Tanpa bersusah payah, gadis itu memasukkan mayat ibunya ke dalam lahad. Namun apabila dia hendak memanjat keluar dari kubur tersebut, tiba-tiba kakinya tidak boleh diangkat. Ia seperti dipaku ke tanah. Si gadis mula cemas. "Kenapa ni ayah? " kata si gadis. Wajahnya serta-merta pucat lesi. "Apa pasal," Si ayah bertanya. "Kaki Saida ni.. tak boleh angkat! " balas si gadis yang kian cemas. Orang ramai yang berada di sekeliling kubur mula riuh. Seorang demi seorang menjenguk untuk melihat apa yang sedang berlaku. "Ayah, tarik tangan saya ni. Kaki saya terlekat... tak boleh nak naik," gadis tersebut menghulurkan tangan ke arah bapanya. 
 
Si bapa menarik tangan anaknya itu, tetapi gagal. Kaki gadis tersebut melekat kuat ke tanah. Beberapa orang lagi dipanggil untuk menariknya keluar, juga tidak berhasil. "Ayah...kenapa ni??!! Tolonglah Saida, ayah.." si gadis menangis memandang ayah dan adik-beradiknya yang bertinggung di pinggir kubur. Semakin ramai orang berpusu ke pinggir kubur. Mereka cubamenariknya beramai-ramai namun sudah ketentuan Allah, kaki si gadis tetap terpasak di tanah. Tangisannya bertambah kuat. "Tolong saya ayah, tolong saya...kenapa jadi macam ni ayah? " kata si gadis sambil meratap. "Itulah, kamu yang buat emak sampai dia meninggal. Sekarang, ayah pun tak tau nak buat macam mana," jawab si ayah selepas gagal mengeluarkan anaknya itu. Dia menarik lagi tangan gadis yang berada di dalam kubur tapi tidak berganjak walau seinci pun. Kakinya tetap terpahat ke tanah. "Emak...ampunkan Saida emak, ampunkan Saida..." gadis itu menangis. Sambil itu dipeluk dan dicium jenazah kiblat. Air matanya sudah tidak boleh diempang lagi. "Maafkan Saida emak, maafkan , Saida bersalah, Saida menyesal... Saida menyesal.. Ampunkan Saida emak," dia menangis lagi sambil memeluk jenazah ibunya yang telah kaku. Kemudian gadis itu menghulurkan lagi tangannya supaya boleh di tarik keluar. 
 
Beramai-ramai orang cuba mengeluarkannya namun kecewa. Apabila terlalu lama mencuba tetapi gagal, imam membuat keputusan bahawa kubur tersebut perlu dikambus. "Kita kambus sedikit saja, sampai mayat ibunya tak dapat dilihat lagi. Kita tak boleh biarkan mayatnya macam tu aja... kalau hujan macam mana? " kata imam kepada bapa gadis berkenaan. "Habis anak saya ?" tanya si bapa. "Kita akan terus cuba tarik dia keluar. Kita buat dua-dua sekali, mayat isteri awak disempurnakan, anak awak kita selamatkan," balas imam. Lelaki berkenaan bersetuju. Lalu seperti yang diputuskan,upacara pengebumian terpaksa diteruskan sehingga selesai, termasuk talkinnya. Bagaimana pun kubur dikambus separas lutut gadis saja, cukup untuk menimbus keseluruhan jenazah ibunya. Yang menyedihkan, ketika itu si gadis masih di dalam kubur. Bila talkin dibaca, dia menangis dan meraung kesedihan. Sambil itu dia meminta ampun kepada ibunya dengan linangan air mata. Selesai upacara itu, orang ramai berusaha lagi menariknya keluar. Tapi tidak berhasil. "Bila dah lama sangat, aku balik kejap untuk makan. Dah lapar sangat. Lepas itulah aku singgah ke kedai ni. Lepas ni aku nak ke kubur lagi.
 
Nak tengok apa yang terjadi," kata Jaimi. "Aku pun nak pergilah," kata saya. Lalu kami semua menunggang motosikal masing-masing menuju ke kubur. Kami lihat orang ramai sudah berpusu-pusu di sana . Beberapa buah kereta polis juga kelihatan di situ. Saya terus berjalan pantas menuju kubur yang dimaksudkan dan berusaha menyusup ke celah-celah orang ramai yang sedang bersesak-sesak. Setelah penat berusaha, akhirnya saya berjaya sampai kebarisan paling hadapan. Malangnya saya tidak dapat melihat gadis tersebut kerana di depan kami telah dibuat kepungan tali. Kubur itu pula beberapa puluh meter daripada kami dan terlindung oleh kubur serta pokok-pokok rimbun. Di dalam kepungan itu, anggota-anggota polis berkawal dengan senjata masing-masing. 
 
Nasib saya memang baik hari itu. Dua tiga orang daripada polis berkenaan adalah kenalan saya. "Pssstt...Raie. ...Raie..Psstt, " saya memanggil, Raie yang perasan saya memanggilnya mengangkat tangan. "Boleh aku tengok budak tu?" saya bertanya sebaik saja dia datang ke arah saya. "Mana boleh. Keluarga dia aja yang boleh," jawabnya perlahan-lahan seperti berbisik. Sambil itu dia menjeling ke kiri dan kanan, khuatir ada orang yang tahu. "Sekejap aja. Bolehlah..." saya memujuk. Alhamdulillah, setelah puas dipujuk dia mengalah. Tanpa berlengah, saya menyusup perlahan-lahan dan berjalan beriringan dengan Raie, seolah olah tidak melakukan apa-apa kesalahan. Namun demikian dada saya berdebar kencang. Pertama, risau & takut dihalau keluar. Kedua, tidak sabar hendak melihat apa yang sedang berlaku kepada gadis berkenaan. Selepas meredah kubur-kubur yang bertebaran, akhirnya saya sampai ke pusara yang dimaksudkan. Di pinggir kubur itu berdiri dua tiga orang polis memerhatikan kedatangan saya. Raie mendekati mereka dan berbisik-bisik. 
 
Mungkin dia merayu supaya saya tidak dihalau. Alhamdulillah, saya lihat seorang polis yang berpangkat mengangguk-angguk. Raie terus memanggil saya lalu memuncungkan bibirnya ke arah sebuah kubur. Bila dijenguk kedalam, dada saya serta-merta terasa sebak. Saya lihat gadis berkenaan sedang duduk di atas tanah kubur sambil menangis teresak-esak. Sebentar kemudian dia memegang tanah berhampiran lahad dan merintih; "Emak... ampunkanlah Saida, Saida sedar, saida derhaka pada emak, Saida menyesal, Saida menyesal.." Selepas mengesat air jernih yang terus berjejeran daripada mata yang bengkak, gadis tersebut menangis lagi memohon keampunan daripada arwah ibunya. " Emak...lepaskanlah kaki saya ni. Ampunkan saya, lepaskan saya," Ditarik-tariknya kaki yang melekat di tanah namun tidak berhasil juga. Saya lihat bapa dan adik-beradiknya menangis, di pinggir kubur. Nyata mereka sendiri tidak tahu apa lagi yang hendak dibuat untuk menyelamatkan gadis berkenaan. "Sudahlah tu Saida...makanlah sikit nak ," rayu bapanya sambil menghulurkan sepinggan nasi juga segelas air. 
 
Si gadis tersebut langsung tidak mengendahkan. Malah memandang ke atas pun tidak. Dia sebaliknya terus meratap meminta ampun daripada arwah ibunya. Hampir menitis air mata saya melihat Saida. Tidak saya sangka, cerita datuk dan nenek tentang anak derhaka kini berlaku di depan mata. Begitu besar kekuasaan Allah. Memang betullah kata para alim ulama, dosa menderhakai ibu bapa akan di balas 'tunai'. Malangnya saya tidak dapat lama di sana . *****a 10 - 15 minit saja kerana Raie memberitahu, pegawainya mahu saya berbuat demikian. Mahu tidak mahu, terpaksalah saya meninggalkan kubur tersebut. Sambil berjalan kedengaran lagi Saida menangis dan meratap " Ampunkan saya emak, ampunkan saya, Ya Allah, lepaskanlah kakiku ini, aku bertaubat, aku insaf..." Lantas saya menoleh buat kali terakhir. Saya lihat bapa Saida dan adik beradiknya sedang menarik tangan gadis itu untuk dibawa keluar, tapi seperti tadi, tidak berhasil. Saya lihat seorang polis mengesatkan air matanya. Semakin lama semakin ramai orang berhimpun mengelilingi perkuburan itu. 
 
Beberapa kereta polis datang dan anggotanya berkawal di dalam kepungan lengkap dengan senjata masing-masing. Wartawan dan jurugambar berkerumun datang untuk membuat liputan tetapi tidak dibenarkan. Mereka merayu bermacam-macam cara, namun demi kebaikan keluarga gadis, permintaan itu terpaksa ditolak. Matahari kian terbenam, akhirnya tenggelam dan malam merangkak tiba. Saida masih begitu. Kaki terlekat di dalam kubur ibunya sementara dia tidak henti-henti meratap meminta keampunan. Saya pulang ke rumah dan malam itu tidak dapat melelapkan mata. Suara tangisannya terngiang-ngiang di telinga saya. Saya diberitahu, sejak siang, tidak ada secebis makanan mahupun minuman masuk ke tekaknya. Seleranya sudah mati. Bapa dan adik beradiknya masih tetap di sisi kubur membaca al-Quran, Yassin dan berdoa. Namun telah disebutkan Allah, menderhaka terhadap ibu bapa adalah dosa yang sangat besar. Saida tetap tidak dapat dikeluarkan. Embun mula menitis. Saida kesejukan pula. Dengan selimut yang diberi oleh bapanya dia berkelubung. Namun dia tidak dapat tidur. Saida menangis dan merayu kepada Allah supaya mengampunkan dosanya. Begitulah yang berlaku keesokannya. Orang ramai pula tidak susut mengerumuni perkuburan itu. 
 
Walaupun tidak dapat melihat gadis berkenaan tapi mereka puas jika dapat bersesak-sesak dan mendengar orang-orang bercerita. Setelah empat atau lima hari terperangkap, akhirnya Saida meninggal dunia. Mungkin kerana terlalu lemah dan tidak tahan di bakar kepanasan matahari pada waktu siang dan kesejukan di malam hari. Mungkin juga kerana tidak makan dan minum. Atau mungkin juga kerana terlalu sedih sangat dengan apa yang dilakukannya. Allah Maha Agung...sebaik Saida menghembuskan nafas terakhir, barulah tubuhnya dapat di keluarkan. Mayat gadis itu kemudian disempurnakan seperti mayat-mayat lain. Kuburnya kini di penuhi lalang. Di bawah redup daun kelapa yang melambai-lambai, tiada siapa tahu di situ bersemadi seorang gadis yang derhaka.
 
p/s: allah maha agung...semoga terbit keinsafan di hati kita..

x kan bace jer???cer komen...

18 August 2011

Rahsia Hadiah Dari Si Dia

 
Hadiah yang anda beri kepada kawan/kekasih/isteri/suami anda mempunyai maksud yang tersirat...

JAM TANGAN... ... ... Tanda meningati setiap masa dan waktu.
CINCIN... ... ... ... .Tanda ikatan kasih yang abadi.
GELANG... ... ... ... .Tanda mesra
RANTAI LEHER ... ... .Ikatan cinta yang perlu perhatian.
SUBANG... ... ... ... .Tanda penghargaan dan penghormatan.
KASUT... ... ... ... ..Sentiasa mengambil berat/prihatin.
PAKAIAN/KAIN... ... .Semoga kasih berkekalan dan dekatselalu.
PAYUNG... ... ... ... .Tanda kasih dan sentiasa ingin melindungi.
MINYAK WANGI... ... .Tanda cinta
BINGKAI GAMBAR... ..Sentiasa merindu dan tak ingin berjauhan.
BUKU... ... ... ... ... Bersifat terbuka dan bertolak ansur.
BUNGA... ... ... ... ... Tanda perkenalan dan tanda sayang
COKELAT ... ... .. semanis cintamu.
LAGU/CD/KAD UCAPAN ... ... ... mengabadikan cinta
SEJADAH DAN ALQURAN... ... ... tandanya kekasihnya ituvmenyayanginya dunia dan akhirat.

Satu lagi... . zaman mellinieum... .
HANDPHONE... tandanya... . kau jangan lari dariku!!!!... ... .aku kan cari kamu walau dimanapun... melainkan kalau handphone tu ditutup... ..

HADIAH PALING BERHARGA DALAM DUNIA!!
MASUK MEMINANG... ... tandanya dia serius dan betul2 seriuss..!

x kan bace jer???cer komen...

COMEL N SGT CUTE!

asalamualaikum wbh blogger sume...
smlm sweet xdpt nk update blog ni..
maklum lah,smlm selangor cuti...
so sweet xsmpt nk tgk blog ni..

smlm da cuti ,ape lagi sweet g jalan TAR,
rmi org sgt2...smpi xlarat nk jln la...
so ade la bli something tok wat rye...

em sbnrnye sweet bkn nk cerita ttg jlan TAR atau shoping2...
tp sweet nk kgsi gmbr yg cute yg memikat hati sweet hrni..
comel sgt...
 nk taw ape yg comel???
meh cuci mata ...

JENG..JENG..JENG..

 

 
COMEL KN ANK AYAM NI??

WARNA WARNI..MERIAH...

CUTE!

KLU DA BESOR AYAM NI CMNE LA RUPENYE..
p/s : kalu ade sekor ni,kompom jge leklok...xsmpi hati nk sembelih..huhu


x kan bace jer???cer komen...

15 August 2011

jika suami sayangkan isteri...

 
 
 
 
Jika suami sayangkan isteri
Dapat gaji semua diberi
Jika suami sayangkan isteri
Kerja rumah rela dikongsi
Jika suami sayangkan isteri
Kereta diberi suami naik LRT
Jika suami sayangkan isteri
Duit poket diberi setiap hari
Jika suami sayangkan isteri
SMS dikirim tanda rindu dihati
Jika suami sayangkan isteri
Kongsi masalah nasihat dikasi
Jika suami sayangkan isteri
Diberi ciuman setiap pagi
Jika suami sayangkan isteri
I love U, I miss U katanya setiap hari
Jika suami sayangkan isteri
Isteri gemuk, dikatakan seksi
Jika suami sayangkan isteri
Sakit sikit selongkar laci ubat dicari
Jika suami sayangkan isteri
Kemana sahaja dibawa pergi
Jika suami sayangkan isteri
Sentiasa jujur perihal diri
Jika suami sayangkan isteri
Status berkahwin bangga sekali
Jika suami sayangkan isteri
Cintanya suci hingga ke mati
 
p/s : kalu ade cmtu...bhgianya hdop..huhu

x kan bace jer???cer komen...

raya oh raya....


Assalamualaikum wbh  blogger2 sume,
Sana sini orang dok cerita pasal raya..cakap je amende..semua pun raya..dari baju raya, tudung raya, kasut raya, sepit raya, kueh raya..p orang takde pun cakap sangat pasal duit raya (mane yg dah bekerja la kan)..memang tak nk sebenarnya terima hakikat 
yang anda sudah perlu bagi duit raya pada adik2, mak ayah, anak2 buah..
tu belum kira anak2 kezen muzen.
tu dah kira kena hulor gak la kan termasuklah sweet ..emmm..
pas raye t jimat2 la gamaknye..huhu
Cerita pasal persiapan ni, sweet sefemili tahun ala kadar je..ish..tiap tahun pun ala kadar..tah bile tak berkadarnya..kena tunggu gaji 10 angka kot..wakaka..baru la soping sakan tak hengat..penuh bonet bagai..main tunjuk je..tapi tunggu rezeki Allah SWT le..hikhik..Syukur la dengan apa yang ada skang ni..Kalau kita bersyukur, insyaAllah, Tuhan tambah lagi rezeki kita..amin..
owhh, sambung ceghita, Raya tahun ni sweet dah de theme color..wah..kaler warna warni gitu..sweet da bli 2 pasang baju,tggu sepasang je ag dr si dia...huhu..kuih raya????sweet sefamili men kuih tunjuk je...gpon mak sweet bekerja,sweet bekerja,so xde mse nk wat....cre plg sng kuih tunjuk je la...hihi..gpon sweet ni xminat mkn kuih rye sgt...

citer psl rye,fav food sweet time rye ni da tentu la lemang...tp sweet suke lemang jagung...sdp wooo...korg pnh rse x???org perak je sllu wat lemang jagung ni..huhu...knp sweet ckp org perak je suke wat,sbb kg sweet kt perak...hehe..so xtaw la tmpt len ade wat ke x..tp thun ni mgkin sweet akan beraya di 2 buah negeri..perak n kedah...huhu...travel hbs2san kn...
ekceli banyak lagi benda nak dimerepekkan..tp tetiba mood takde..malas.hehe..
so sweet nk sajikan korg mknn fav sweet time rye..( da la pose kn...tnjuk lak mknn..DUGAAN..hehe)
 

sweet xtaw ape nme kuih ni...tp mmg fav sweet..

choc cornflakes...yummy!

honey cornflakes!

ni plg sweet suke...cookies!

almond london!

ni la lemang jagung yg sweet ckp td...nmpk sdp x??

lemang jagung + rendang= memg terBAIK!


 
 

x kan bace jer???cer komen...

12 August 2011

"Abang, Tunggu Mak di Syurga Ya.."

asalamualaikum wbh blogger2 sume...
hr ni sweet ingt nk kongsi sebuah cerita yg sweet bce hrni...
kisah yg menyayat hati n mbuat sweet tersentuh hati membacanya...
so sweet harap korg enjoy ngn citer ni yer..



Empat tahun dua bulan mak membesarkan Abang. Mak selak helaian demi helaian paparan kertas dalam diari yang sedikit usang itu. Aduh! Banyak sungguh memori yang tercatat di dalamnya. Membacanya bagaikan meruntun jiwa mak kembali mengenangkan perjalanan derita Abang sejak lahir hingga menghembuskan nafas terakhir. Mata mak terpaku pada catatan peristiwa lebih kurang tiga bulan sebelum Abang pergi. Mak rasa, di sinilah terkandung jawapan yang mak cari-cari. Jawapan untuk soalan yang mereka tanya kenapa mak tidak menangis?
Mak akan bacakan sedikit rentetan diari ini supaya mereka tahu kenapa mak tidak menangis, sayang.

Januari 2011- Perut Abang semakin membusung kerana hati membengkak. kata doktor, semua organ dalaman Abang sudah rosak, sudah 'reput'. Tidak boleh diselamatkan lagi. Tidak mengapa. Hati mak berkata, cukuplah! Tidak akan ada lagi pembedahan untuk Abang.

 26 Februari 2011- Hari ini ulang tahun ke-4 abang. Dua hari sebelum itu, mak tanya, abang nak kek apa? Abang jawab, nak kek lori sampah! Hah Hah.. Tergelak mak. Abang suka sangat melihat lori sampah yang lalu setiap pagi depan rumah. Sebab itu abang nak kek bentuk lori sampah, Puas mak dan abah melilau sekitar Kuala Lumpur, tetapi tak jumpa kek macam tu. Tak ada yang sanggup buat kek macam yang Abang minta. Mak kecewa! Selama ini, mak tunaikan apa saja permintaan Abang, tapi kali ini mak gagal. Mak belikan kek coklat strawberi sebagai pengganti. Dengan perut membusung, dada berombak kerana sukar bernafas, Abang masih tersenyum dan nampak ceria melayan rakan-rakan yang datang, sama-sama menyanyikan lagu hari jadi Abang. Dan ketika itu, hati mak sudah terdetik, mungkin ini hari jadi Abang yang terakhir.

7 Mac 2011- Keadaan Abang semakin kritikal. Perut Abang semakin membesar. Abang tidak mampu untuk bergerak dan lebih banyak terbaring serta asyik sesak nafas. Mak semakin tidak tahan melihatkan keadaan Abang sebegini rupa. Mak bawa Abang ke IJN, rumah 'kedua' Abang sepanjang tempoh hayat Abang. Kata doktor, tiada apa yang boleh dilakukan lagi. Abang hanya menanti waktu. Mak angguk perlahan-lahan. Mak redha dengan ketentuan ilahi. Dalam hati mak juga terdetik, masa Abang sudah tidak lama lagi. Para ibu di wad tersebut asyik bertanya pada mak, macam mana dengan keadaan Abang? Mak cuma mampu untuk jawab, "Insya-Allah, Abang akan sihat!" Mak terpaksa cakap begitu pada mereka, sebab mak tidak mahu mereka semua lemah semangat jika mereka tahu Abang sudah tiada harapan lagi. Mereka pun sedang bertarung dengan ujian Allah apabila anak-anak yang dikasihi ditimpa penyakit. Jadi biarlah jawapan yang mak beri itu kedengaran manis pada telinga mereka. Pahitnya, biarlah mak sendiri yang telan.
13 Mac 2011- Hari ini merupakan hari Ahad. Mak pinta kebenaran doktor untuk bawa Abang pulang kerumah. Doktor izinkan. Biarlah Abang habiskan waktu-waktu terakhir bersama keluarga. Dan di saat-saat akhir ini, mak mahu tunaikan apa saja permintaan Abang. Di rumah, setiap hari mak akan tanya, "Abang nak apa harini?"
Mak masih ingat pada suatu pagi, abang menjawab, "Mak, Abang nak naik kereta bomba!"
Mak termenung dengar permintaan Abang. Bila abah pulang ke rumah, terus mak ajak abah keluar. Abah tanya pergi mana?
Mak jawab, "Balai bomba!"
Sampai di situ, mak meminta izin daripada pegawai bomba. Mak kata padanya, Abang teringin sangat nak merasa naik ke dalam trak bomba. Pegawai itu cuma garu-garu kepala, kemudiannya menggeleng-gelengkan kepala. Belum sempat pegawai bomba itu menjawab, lantas mak tarik baju Abang ke paras dada.

Separuh berbisik, mak beritahu pegawai itu, "Encik, ini anak bongsu saya dan hanya menanti masa untuk 'pergi'! Benarkan saya tunaikan impian terakhirnya ini!" Bila lihat perut Abang yang buncit dan dada dipenuhi kesan parut dan jahitan, pegawai itu tidak tunggu lama. Terus dicapainya kunci, dibuka pintu salah satu trak bomba itu. Lantas dia terus dukung Abang dan letakkan Abang ke atas tempat duduk bahagian pemandu. Abang nampak gembira sangat biarpun cuma 15 minit abang di dalam trak itu. Tetapi Abang tidak perasan, ketika itu mak palingkan muka selama lima saat. Sekadar mahu mengelap titisan air mata yang mula bertakung.

Hari lain, mak tanya lagi pada abang, "Abang nak apa?"
Abang pun jawab: "Abang nak naik lori sampah!" Mak dukung Abang, tunggu depan rumah. Bila lori sampah lalu pagi itu menjalankan rutinnya mengutip sampah, Mak tahan lori itu.
"Encik, anak saya teringin naik lori ni. Boleh izinkan sebentar?" Pekerja itu tertawa mendengar kata-kata mak. Kemudian, mak angkat baju Abang dan beritahu perkara sama. Terus berubah mimik wajah mereka. Segera mereka angkat Abang, letakkan di tempat duduk pemandu. Ada antara pekerja itu yang memalingkan muka, tak sangup untuk melihat Abang lama-lama. Sedih agaknya. Begitulah seterusnya. Setiap hari, mak akan tanya pertanyaan yang sama. Kalau Abang nak tengok gajah, mak akan bawa Abang pergi zoo. Walaupun abang tak larat jalan, tak apa.

Mak dan abah tidak kisah, kami silih berganti dukung Abang. Abang pinta nak tengok burung, mak bawa Abang ke taman burung. Abang nak main permainan robot, mak bawa ke kompleks beli-belah yang ada permainan seperti itu. Ke mana saja Abang nak pergi dan apa sahaja yang Abang inginkan, semuanya mak tunaikan! Setiap hari juga mak tanya Abang nak makan apa. Macam-macam Abang teringin nak makan. Murtabak, nasi paprik, milo ais, cendol, air tebu, air bandung, rojak dan macam-macam lagi, semuanya mak tunaikan walaupun makanan itu Abang pinta pada pukul 3.00 pagi.
Mak tahu dan faham, masa Abang bersama mak dan abah semakin suntuk!

27 Mac 2011- Abang semakin kritikal! Abang sudah tidak mampu untuk berkata-kata, apatah lagi untuk bergerak seperti biasa. Mata Abang kuyu dan Abang hanya mampu terbaring sambil memeluk Aina, anak patung kesayangan Abang. Mak segera pinta abah bawa Abang ke hospital.

"Kali ini kita bawa abang ke IJN, tapi kita mungkin akan keluar dengan tubuh abang yang sudah tidak bernafas!" Itulah kata-kata mak pada abah sebelum bertolak ke IJN. Mak mahu abah bersedia dan redha jika apa-apa berlaku. Sampai di IJN, abang terus ditempatkan di wad khas untuk pesakit kritikal.
5 April 2011- Mak telefon sekolah asrama Kakak sulung di Seremban. Mak minta pelepasan daripada cikgu untuk benarkan Kakak pulang.

"Adik tenat. Saya mahu kakak-kakaknya berada di sampingnya pada saat terakhir!" Mak pinta pada cikgu dan Kakak diizinkan pulang. Kemudian, Dr. Adura, doktor yang sinonim merawat abang juga datang melawat. Ketika itu mak ceritakan yang mak terkilan sangat tidak dapat tunaikan permintaan Abang yang mahukan kek berbentuk lori sampah.

7 April 2011- Pagi ini Dr. Adura datang melawat Abang lagi. Kemudian Dr. Adura beritahu ada surprise untuk Abang tengah hari ini. Rupa-rupanya, tengah hari itu tetamu yang juga rakan-rakan alam maya Dr. Adura datang membawa kek lori sampah yang Abang mahukan sebelum ini. Ada dua kek mereka bawa. Mak tak sangka, Dr. Adura rajin menulis mengenai kisah abang di dalam blognya dan ramai yang menawarkan diri untuk menyediakan kek yang abang pinta. Para tetamu bersama jururawat dan doktor menyanyikan lagu selamat ulang tahun untuk Abang. Tetapi abang kurang ceria, wajah Abang tampak letih dan nafas abang turun naik.

8 April 2011- Tengah hari ini, masih ada lagi tetamu datang membawa kek berbentuk lori warna pink untuk abang. Tetapi abang sangat lemah. Abang sekadar terbaring merenung kek itu. Malam itu, semasa jururawat mengambil tekanan darah Abang, bacaanya meningkat naik. Tetapi hati mak dapat merasakan yang Abang sekadar mahu meredakan keresahan hati mak. Malam itu, hanya mak berdua dengan Abang berada di dalam bilik. Mak pandang sayu wajah abang yang semakin lesu dan pucat. Mak duduk di sebelah Abang, mak peluk dan usap rambut Abang. Mak menangis teresak-esak bagai anak kecil.
Dalam tangis itu, mak katakan pada Abang, "Mak tahu Abang nak senangkan hati mak. Abang tak perlu buat macam tu. Mak tahu Abang nak pergi. Jangan tahan-tahan Abang. Pergilah menghadap Ilahi. Mak sudah sedia. Mak redha segalanya. Mak puas dapat sempurnakan apa sahaja hajat yang Abang pinta. Mak juga bangga kerana Allah hadirkan Abang dalam hidup mak walaupun seketika."
Abang hanya diam, memandang mak dengan pandangan lesu. Dan ketika itu mak menangis sepuas-puasnya. Mak juga berjanji bahwa mak tidak akan menangis lagi selepas itu! Ya, mak tidak akan menangis lagi biarpun abang sudah tiada lagi di dunia.

9 April 2011- Pagi itu mak pesan pada abah agar bawa semua anak-anak datang ke hospital. Masa Abang dah dekat sangat. Mak lihat Abang sudah kritikal. Wajah Abang sudah tampak biru, lebam! Dada Abang berombak, tercungap-cungap menarik nafas.

Abang sudah tidak mahu makan dan minum lagi sejak malam tadi. Pukul 8.00 pagi, abah dan kakak-kakak sampai. Mak suruh Kak Long bacakan Yaasin di sebelah Abang. Mak suruh abah baca juga, tapi bacaan abah tersekat-sekat kerana cuba menahan tangisnya.

Pukul 3.00 petang, Abang semakin lesu. Lantas mak ajak Abang keluar berjalan-jalan.
"Abang, abang nak tengok matahari tak? Jom kita turun kantin minum sambil tengok matahari!"
Abang hanya mengangguk lemah. Mak dukung Abang dan kita satu keluarga turun ke kantin. Abang mahu minum air coklat. Tapi Abang hanya minum seteguk. Kemudian, Abang lentukkan kepala pada bahu mak.
"Abang, tu tengok kat luar tu? Nampak tak sinar matahari tu? Cantikkan?" Mak tunjuk pada abang sinar matahari yang kelihatan di celah-celah rintik hujan yang turun waktu itu. Abang angkat kepala melihat ke arah matahari itu. kemudian, abang menguap.

"Abang ngantuk!" Itu kata Abang dan kemudian abang terlentuk semula pada bahu mak. Tiba-tiba jantung mak berdegup kencang. "Bang, jom naik. Abang nak 'tidur'! Mak terus ajak abah dan kakak-kakak naik semula ke wad walaupun mereka belum sempat jamah makanan di atas meja.
Sampai sahaja di wad, mak terus baringkan Abang di atas katil.
Dan Abang terus merintih dalam nada yang lemah, "Makkk..sakit perut..!"
Suara Abang amat perlahan dan amat sayu bunyinya. Lantas mak letak tapak tangan mak atas dahi Abang.
"Abang, hari ini, waktu ini, mak redhakan Abang pergi. Mak halalkan segala makan minum Abang. Mak halalkan air susu mak untuk Abang. Pergilah Abang. Mak izinkan Abang pergi!" Mak ucapkan kata-kata itu sambil merenung jauh ke dalam mata Abang yang semakin kuyu. Saat Abang sedang nazak itu, mak panggil kakak-kakak agar mengucup Abang selagi Abang masih bernafas. Mereka kucup pipi Abang bertalu-talu dan mula meraung dan menangis.

"Kakak! Kalau kamu semua nak menangis, keluar dari bilik ini. Mak tak mahu Abang dengar kamu menangis! Jangan seksa Abang dengan tangisan kamu semua!" Mak marah mereka. Mak tidak mahu Abang lihat kami menangisi pemergian Abang. Mak tahu, Abang akan jadi lebih sedih dan berat hati untuk pergi bila melihat kami menangis di saat akhir sakaratulmaut menjemput Abang. Mak tidak mahu tambahkan lagi kesedihan Abang untuk meninggalkan kami. Abah pula hanya berdiri di penjuru bilik, meraup wajah menahan suara tangisannya. Jururawat yang ada dalam bilik juga menangis, mak suruh jururawat keluar dan tutup tirai bilik itu. Mak tak mahu orang luar lihat. Mak tak mahu ada orang menangis di saat Abang akan pergi. Setitis dua mengalir juga air mata mak. Tapi mak masih mampu tersenyum.

"Pergilah Abang. Mak izinkan. Mak izinkan.. pergilah.."
Dan perlahan-lahan mata abang yang layu tertutup rapat, genggaman tangan Abang pada jari mak semakin lemah dan akhirnya terlepas...

Pukul 3.50 petang, akhirnya Abang meninggalkan dunia fana ini. Innalillahiwainnailahirajiun.
 Mak kucup dahi Abang. Mak bisikkan di telinga Abang, "Tenanglah Abang di sana. Suatu hari nanti, mak juga pasti akan turuti jejak Abang. Abang... tunggu mak di sana ya! Di syurga!"
Abang, sekarang mak sudah dapat jawapanya. Mengapa mak tidak menangis? Pertama, Abang telah di takdirkan menjadi ahli Syurga yang akan membantu mak di sana nanti. Kedua, apa saja keinginan Abang semasa hayat abang telah mak tunaikan. Tiada lagi rasa terkilan di hati mak. Ketiga, segala hutang sebagai seorang ibu telah mak langsaikan semasa hayat Abang. Mak telah sunatkan dan buat akikah untuk Abang. Keempat, mak telah menjalankan tanggungjawab sepenuhnya, sentiasa berada di sisi Abang dan menggembirakan Abang setiap saat dan waktu. Kelima, mak rasa istimewa dipilih Allah untuk mendapat anak seperti Abang. Mak jadi 'kaya' dengan kehadiran Abang. Kaya kesabaran, kaya tawadhuk, kaya keredhaan, kaya keimanan, kaya kawan, kaya ilmu, dan kaya pengetahuan. Mak telah beri segala-galanya melebihi seratus peratus untuk Abang. Mak telah beri yang terbaik dan mak telah berusaha hingga ke garisan penamat. Sebab itu mak tidak perlu menangis lagi.

Abang.. biarpun kini hidup mak dan abah terasa sunyi dan kosong tanpa Abang tapi... mak akan sentiasa tersenyum mengenangkan saat-saat terindah kehadiran Abang dalam hidup kami biarpun cuma sebentar.
Abang dalam kisah ini adalah adik Iqbal Fahreen Hamdan, anak bongsu daripada lima beradik. Abang masuk hospital seawal usia dua minggu akibat menghidapi lima jenis kompilasi jantung termasuklah kekurangan injap, jantung berlubang dan saluran sempit. Abang telah menjalani pelbagai siri pembedahan seawal usia dua bulan dan ada antara pembedahannya yang gagal, malah abang pernah disahkan 'mati' apabila jantungnya berhenti berdenyut. Walaupun pada awalnya doktor mengjangkakan hayat abang tidak lama selepas lahir ke dunia, namun ternyata anak kecil ini mampu bertahan sehingga usia empat tahun untuk meninggalkan kenangan terindah dalam hidup Jamilah (ibu) dan Hamdan (bapa).

Al-Fatihah buat Allahyarham adik Iqbal Fahreen. Semoga adik Iqbal Fahreen ditempatkan di kalangan org yg soleh...aminnn...
Sebuah kisah benar menyayat hati yang melambangkan kasih sayang seorang ibu kepada anaknya.

p/s : credit to iluvislam for that story...





x kan bace jer???cer komen...

11 August 2011

kasut pelik di dunia...

Assalamualaikum wbh blogger2 sume..

bwu kejap td sweet view kasut2...ingt nk survey dlu tok rye ni...
tgh dok syok google,terjumpe kasut2 pelik yg ade kt dunia ni...
so sweet nk kongsikan dgn korg sume...


kasut ade roda ...kompom klu lmbt g keje xpyh risau..huhu

rse2 nk gdh,kasut ni leh wt sarung tgn tok tinju lak..hehehe

agk mrh ngn spe2 leh la geget org tu pki ksut ni..

fesyen ape tah ni...huhu

fesyen pisang...wahaha

amboiii...skit kaki ni klu pki pg rye..

beso bnr ksut dye ha...tp comel..

huhuhu...jln kt pntai tembus dlm pasir ni..

fesyen love..time valentine owg leh le pki ksut ni..

ikan pon leh wat kasut..haha

mmg tebal la tapak kaki klu pki kasut ni..hehe

ni xpyh bli kete klu de kasut ni...

pehhhh....cmne nk jln klu pki kasut ni???



x kan bace jer???cer komen...

teristimewa hanya kamu!


bunyi mcm menarik je tajuk entri,
tp hari ni sbnrnye sweet xtaw nk tulis entri ape,
tp sweet ingt nk perkenalkan korg ngn someone yg sweet syg!
korg jgn ingt sweet nk cter psl bf eh...huhuhu..
sweet hrni nk cter sal ank agkt sweet...
nama ank agkt sweet putri ellysya!
eh..sweet da kwen ke??of coz la da blom...hehehe
walaupon sweet msh lom kwen,sweet da de ank agkt da...
gpon trend skg kn,lom kwen amik ank agkt...huhu

tp yg pntgnye,ank agkt ni sweet xjge pon,just menumpang jdik mak angkt je..sbb dye sweet n comel!
ank agkt sweet ni ank pd kwn baik sweet mse skolah dlu...
gpon dye pon ank agkt pd kwn sweet...coz kwn sweet ni da lme kwen,cme rezeki lom tibe...
msti pening kan bce ape sweet tulis...hehehe
xpe lah,sweet tunjuk gambar je la...so meh kite tgk gmbr comel2 k!










putri suke senyum camtu!

putri yg comel!

happy!

kamu segalanya!

dibuli oleh ibunya!

tah ape ditenungnya!

wekkkk! huhu
cmel kn???hrp2 klu sweet da kwen n ade ank sndiri,
hub sweet n dye tetap kekal,bile dye bsr t,
hrp2 dye sudi aggp sweet mcm mak dye jgk wlpon bkn sweet yg jge dye! ngeee!

x kan bace jer???cer komen...

antara SAHABAT & KEKASIH

Assalammualaikum wbh...
Comel lak kucing ni....

Pagi td tetibe kwn sweet update persoalan antara sahabat & kekasih yg mne jdik pilihan? 
So entri kali ni sweet nk berbicara tentang sahabat n kekasih...cewaahhhhh...tetibe lak kan...
Sweet sering berfikir, antara SAHABAT & KEKASIH, siapakah yang kita terima dan kasihi dahulu?? Siapakah yang sering kita kongsikan cerita?? Siapa pula yang sering menggembirakan kita tatkala duka nestapa?? Dan siapa yang sanggup berkorban untuk kesenangan dan kesusahan kita?? Siapa pula yang lebih penting?? Dan madahku bermula...perghhhhhhh...hahaha

Sahabat...
Kita berkawan atas nama keikhlasan
Atas landasan kejujuran
Atas kasih dan kesetiaan
Dan kepercayaan seorang insan

Kekasih
Tersemai kerana satu janji setia
Berlandaskan kesatuan hati
Bercinta kerana lahirnya sayang xbertepi
Dan ingin bersama sehidup semati

Sahabat
Tawanya bukan kepuraan
Sedihnya bukan menunjuk2
Bimbangnya kerna hati terasa bersama
Risaunye kerna kasihnya abadi

Kekasih..
Terkadang perilaku dijaga
Tawa penuh kepalsuan
Jaganya hati kerana kasih seorang kekasih
Namun hati sendiri merana tiada siapa peduli

Dan Sahabat...
Dijadikan tempat luahan
Semua kesedihan dan kegembiraan menjadi satu
Di situ tempat yang tenang
Dialah yang memberikan kekuatan
Untuk sahabatnye tegar dlm kehidupan

Kekasih...
Ada masenye hati menjauh
Ada ketikanya penuh prasangka
Ada kalanya ingin dibelai & dimanja
Dan sememangnye perlu dijaga
Bak luka yang semakin parah utk diubati
Perlu perawatan yang amat rapi

Sahabat....
Selagi namanya sahabat
Silapmu dimaafkan
Rajukmu dihiburkan dengan tawanya
Sakitmu dirawat dengan penuh keikhlasan
Kenanganmu adelah ssuatu yang paling berharga

Kekasih...
Bila suka bukan main di jaga
Bak isi dan kuku
Bila benci, tiada ruang di hati
Seumpama tidak pernah dikenali
Hilang sudah satu persahabatan
Kerna dia bukan lagi sang kekasih..

Sahabat...
Sekali bergaduh pasti gelisah
Berjalan hilang tujuan
Termenung tiada bayangan
Kerna dialah sahabat
Susah senang pasti terikat

Antara SAHABAT & KEKASIH..
Kedua2nya amat bermakna
Tapi Sahabat sekali bergaduh kembali semula
Kekasih.....erm, fikir2kanlah
Sebelum kamu kehilangan Sahabat yang setia..


Betulkan, antara sahabat dan kekasih, banyak perbezaan... dan ade juga persamaan. Cube anda tanpa SAHABAT, Bagaimana rasanya??? tapi jika anda tanpa KEKASIH, anda tetap ada seorang SAHABAT yang sudi bersama anda hingga akhir hayat..

♥ Hargai Sahabat anda selagi jasadnya di sisi ♥


p/s : kepada kawan sweet,persoalan anda pagi td msti da terjawab kn???

x kan bace jer???cer komen...

10 August 2011

Virgin Coconut Oil...!

hai sume...
hari sweet rse happy,sbb da taw skit2 nk cntik kan blog dgn usaha sndiri!
credit to sweet! (pasan lak sweet ni)


catalyst virgin coconut oil...ni la yg sweet mkn tok cntikkn kulit.

hmm...entri kali ni sweet ingt nk cter psl VCO..
nme pnjgnye Virgin Coconut Oil...
sbnrnye sweet bru je tru VCO ni...
try pon sbb nk cntikkn kulit sweet...
sweet nk ade alergik,so ble mkn seafood mmg gatal le smpi mgelupas sweet garu2...
so bparut2 la tgn sweet...tu sbb sweet try VCO ni...

alhamdulilah,bru sminggu sweet mkn VCO ni sweet da nmpk perubahan pd kulit sweet..
parut smkin pudar,kulit mkin cntik! jerawat pon cpt surut..
so sweet pkir nk jdik agen pd produk VCO ni..
mybe next month...
harap2 bjaya la nti...
mne leh taw jdik part time job tok sweet crik wet lebih...
dpt la sweet wt wat smpnn nti..hehe...
(cpt kwen t..hehehehe)

kengkawan kt lua sne pon leh cube klu nk...

leh kite sme2 cntik kan kulit!






x kan bace jer???cer komen...

09 August 2011

CEMBURU NI!


 salam sume!

rasenye lme sweet xupdate n jengok blog ni...
sbnrnye bukan ape,sweet xpndi la blog ni...sweet buat pon sbb kengkawan...

tp apekan daya da berbulan blog ni ade,sweet msh xpndi nk cntikkan blog...
tgk kengkawan n blogger laen pye blog,buat sweet jeles jer...
ye la...blog blogger2 len sume chantek2...
tp sweet pye blog x cntik lgsg...(de x yg sudi nk ajarkan sweet cmne nk cntik kan blog?)

pape pon entri kali ni da tentu la psl puasa kn...
harap2 sume pose la kn...sweet msh xtggl pose ag taw! (akan dtg xtaw la...hihi)

hmmm..ptg ni ingt nk suh mama sweet mskkn mee goreng r tok buke...yummmy!
korg plan nk buke ape???



dap lak tgk mee goreng ni!

k lah...sweet xde tenaga nk taip ag ( almaklumlah pose..hihi)
bye2!

x kan bace jer???cer komen...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
copyright@2010-2011.Segala yang dicipta adalah hak milik SweetBellyGurlz