09 November 2011

AKU BERSYUKUR ...



Syukur? Banyak benda yang kita perlu rasa bersyukur.

1. Aku bersyukur kerana masih lagi diberikan peluang untuk bernafas.
2. Aku bersyukur dilahirkan sebagai seorang perempuan dan di lahirkan sempurna.
3. Aku bersyukur dilahirkan sebagai seorang muslim didalam keluarga islam di Malaysia yang aman dan damai.
4. Bersyukur kerana masih mempunyai kedua ibu bapa yang sihat untuk menumpang berkasih, bermanja.
5. Bersyukur pada usia 23 tahun aku masih sihat dan tiada penyakit kronik setakat ini.
6. Aku bersyukur mempunyai blog yang cute .
7. Aku bersyukur mempunyai mama yang masih cantik dan pandai masak. Dan aku suke makan.
 8.Aku bersyukur dapat abah yang boleh bergurau seperti kawan dan kelakar.
9. Aku bersyukur boleh memasak seperti mama.
10. Aku bersyukur bakal suami tak akan mati kebuluran atau tak akan carik yang lain kelak.
11. Aku bersyukur kerana mempunyai pekerjaan .
12. Aku bersyukur mempunyai kereta sendiri..
13. Aku bersyukur setiap bulan mampu bayar balik PTPTN hingga sekarang .
14. Aku bersyukur mempunyai adik beradik kesemuanya perempuan. 3 orang perempuan. Bila orang tanye dorang kata "wah best nye sume pempuan" padahal asyik gaduh tarik2 rambut, pasal nak pinjam baju la, turn sape kene masak lah, pasal sape paling lawa lah. Bf sape paling hebat lah. LOL 
15. Aku bersyukur kerana mempunyai kawan kawan yang baik hati dan mulut becok macam aku. So tak ada masa nak sentap2.
16. Aku bersyukur kerana menemui lelaki yang salah dahulu sebelum menemui lelaki yang betul. Agar kita lebih menghargai apa yang kita ada sekarang.
17. Aku bersyukur aku jenis tidak boros seperti perempuan lain. Kalau pakai kasut, pakai satu kasut tu sampai rosak. Baru beli yang baru.
18. Aku bersyukur kerana aku tahu bersyukur dengan semua nikmat pinjaman Allah ini.
19. Aku bersyukur mempunyai readers dan followers yang baik hati dan sudi melawat blog ini. Dan baca list bersyukur yang eh bila nak abis nih!
20. Aku bersyukur yang akhirnye aku dapat habis kan list syukur ini.
21. Aku bersyukur sebab aku bukan artis. Dan ada dua mata. eh ape kene mengena? hahaha tah lar..


Anda bersyukur?

Alhamdulilah.. mari kita ucap alhamdulilah sama sama!


hehe..

x kan bace jer???cer komen...

2 00000 Da Terjah Entry Ni:

sis92 said... [balas]

manusia yang tidak bersyukur


kelak nanti dia orang yang paling rugi :)

sweetbelly gurlz said... [balas]

@sis92

yup...betol tu sis!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget
copyright@2010-2011.Segala yang dicipta adalah hak milik SweetBellyGurlz