11 September 2011

Stail bercinta dulu-dulu.huhu

 
Jom tengok macamne stail bercinta dulu-dulu.

1) Chatting Room
- Budak lelaki akan habiskan masa kat cyber cafe untuk berchatting. Masa tu chatting web yang paling hot ialah MIRC dan room paling femes ialah Mamak dan Kampungchat. Kadang-kadang diorang tak sedar yang diorang tengah chat dengan orang depan. Ada pulak yang dapat tau dia tengah chat dengan orang depan dia usha senyap-senyap. Kalau lawa, canteekk..teruskan chatting… Kalu kureng tuh, “err oklah awak saya ada hal ni nak out!..”

2) Minta Email
-Bila lelaki jumpa perempuan, diorg akan tanya “awak ada email tak?, apa alamat Friendster awak?”. Selalu kalau jumpa awek mesti diorang akan tanya emel, atau Friendster. Masa ni Facebook dan  Twitter belum ada. Jadi bila dah dapat email atau alamat Friendster, keraplah berbalas-balas email.

3) Bergayut Di Telefon Awam
- Stail ni aku rasa memang ramai penah buat. Yela, masa tu henpon mahal gedabak yang Nokia 331o tu pun rm400. Jadi diorang akan mintak nombor tepon rumah. Bergayut berjam-jam kat public phone, sanggup tu simpan duit syiling belanja sekolah semata-mata nak bergayut. Pakcik kat belakang bengkek je tengok kita buat public phone macam telefon sendiri.

4) Surat Cinta
- Bagi yang sedang hangat bercinta diorang akan berbals-balas surat. Surat cinta pulak penuh dengan bedak,  ayat jiwang-jiwang smua, macam apa tu.. “Sudah baca harap balas?”..haa lebih kurang kot. Pulak tu, pass surat ada lah posmen dia. Takpun main selit celah buku atau bawah laci meja

5) Lelaki Dan Bola Sepak
- Bila sukan semua budak lelaki sibuk je nak main bola sepak walaupun tak reti. Bila main bola meraban ntah kemana. Bukan nak main pun, nak bagi budak perempuan sekelas tau yang awok main bola, nampak la kelakiannya. Euww macho nye!…

6) Perempuan Dan Kebersihan
- Dalam kelas perempuanlah yang paling rajin menyapu sampah bawah meja semua, lelaki buat derk je. Ye la nampak la kesopanan dan kepandaian perempuan menjaga kebersihan dimata lelaki kan?. Ada pulak perempuan suka sangat bawak bedak kat sekolah. Dulu mekap-mekap ni jarang kot. Jadi bedak je la yang diorang bawak, dengan harapan mereka putih dan wangi sentiasa di mata lelaki.

7) Beraksi
-Lelaki sibuk dengan basikal diorang, basikal BMX la, basikal racing, pakai sportrim, tempat duduk senget kebelakang.. Naik basikal buat pacak buat wikang, pulak tu buat  tu depan awek-awek masa balik sekolah. Kononnya awek tengok, euww hebatnyee!.

8 ) Belanja
-Waktu rehat lelaki suka belanja orang yang dia suka makan aiskrim Malaysia, so sweet!. Alah aiskrim yang kita gigit hujug dia dan pulas-pulas sampai putus. Dulu harga dia seposen je. Yang perempuan pulak, orang dah belanja amik je la.

9 ) Kerja Sekolah
-Masa ni la lelaki tunjukkan kebaikan mereka buatkan kerje sekolah. Ehh, takpe keje skolah dia tak siap takpe janji keje sekolah orang yang dia suka siap. Bila kena panggil dengan cikgu kedepan, kena rotan rasa bangga. Ye la, dirotan kerana orang tersayang, pengorbanan tu!

10 ) Biodata
-Masa ni tukar-tukar biodata memang pemes. Lagi-lagi pulak lelaki tu dapat biodata awek habis heboh dengan member-member. Dalam biodata tu macam-macam la tulis dari nama penuh, alamat, kesukaan, hobi, kaler, dan sebagainya.. Siap pulak ada buat koleksi. Hehe

p/s: Sweet pon ade pglmn cmni....Korang pun ada kan mengalami macamni..hehe
x kan bace jer???cer komen...

2 00000 Da Terjah Entry Ni:

Bonda Irfan said... [balas]

4 tahun lepas ahkak brcinta zaman2 friendster n myspace..jumpa suami yg duduk 1 flat rupanya..kenal2 x mntk no phone tp mntl email friendster.. amacam seweet x ahkak? hahhaha

sweetbelly gurlz said... [balas]

@bonda irfan : hihi...memg cweet sgt akak..smoga bhgia sllu ye akk...:D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
copyright@2010-2011.Segala yang dicipta adalah hak milik SweetBellyGurlz